Saturday 27 September 2008


Hello....
Lagi dua hari nak berakhirnya Ramadhan bagi tahun ini. Semangat nak berhari raya tiba-tiba menurun sebab satu keluarga kena demam musim sejuk. Biasalah bila berlaku perubahan musim dan cuaca di UK ni, jika silap berhitungan ramai yang boleh rebah.

Jangan main-main, this is another serious matter. just last year, to be exact when we just arrived here... me and my family were down with flu until it took Fawwaz alsmost a month to recover. the three of us were struggling to addept with the autumn and winter plus our first house tidak dilengkapi dengan central heating.

Jadi, perkara pertama yang kita kena tengok serta persediaan bila nak masuk satu-satu rumah ialah:
1. Pakaian tebal yang sesuai dengan keperluan penggunaan di dalam dan di luar rumah
2. Kedudukan rumah yang strategik sama ada dekat dengan sekolah serta kedai dan uni
3. Pastikan rumah kita ada central heating yang berkesan
4. cermin tingkap rumah double glazing
5. sistem paip rumah kita ada air panas dan air biasa secukupnya
6. kemudahan tempat tidur yang sesuai seperti alas katil, duvet, tilam dan bantal...
7. kemudahan pengangkutan untuk bergerak ke sana ke sini
8. kelengkapan dapur yang secukupnya.

Pastikan ketika musim sejuk kita sentiasa minum minuman hangat dan makan makanan hangat sepanjang masa bagi pastikan peredaran darah tubuh badan berjalan elok sepanjang masa. Banyak minum air suam, anak kena check selalu kulit badan. Kena juga banyak guna mosturiser dan pelembab bagi elak kulit kering dan berdarah.

Bila semua orang tak sihat kat rumah, rasa semangat untuk berhari raya pun takda. Tengoklah sehari dua ni. Harap-harap semua akan beransur pulih secepat mungkin. Bagaimanapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Jumpa lagi....wassalam.

Monday 22 September 2008


Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya? Seperti biasa cuaca di sini semakin mencabar lebih-lebih lagi dalam menghadapi suasana bulan Ramadhan. Dalam tempoh 10 malam terakhir Ramadhan ini, memang umat Islam digalakkan banyak menambah nilai amal ibadat masing-masing. Malah, antara masa doa seorang muslim itu paling mustajab adalah dalam tempoh 10 malam terakhir bulan yang mulia milik Allah SWT.
Baguslah kalau ada antara kita yang sanggup bersengkang mata di tengah malam; tapi bukan bangun tengah malam nak tengok movie ke atau game of the week tetapi tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya. Banyakkan solat taubat, solat hajat dan juga tahjud. hopefully and insyaAllah all our hopes, doa and prayers will be makbul by Allah SWT.
Anyway, I just want to share with you guys my happiness...Akhirnya selepas sekian lama pencarian dan usaha, Allah SWT akhirnya makbulkan juga permintaan serta doa saya untuk bertemu semula dengan keluarga Allahyarham Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pertemuan semula selepas lebih 30 tahun terpisah bukannya berlaku di Malaysia tetapi berlaku di West Bowling, Bradford, United Kingdom pada malam 21 Ramadhan, semalam. Tidak dapat dibayangkan bagaimana terujunya perasaan saya ketika itu. Gembira, sedih, bersyukur semuanya berbaur menjadi satu.
Gembira dan bersyukur kerana usaha merapatkan semula siratulrahim akhirnya dapat diwujud dan disambung semula dengan izin-Nya, tetapi sedih kerana kedua-dua insan yang menjadi pencetus kepada hubungan akrab kekeluargaan itu masing-masing sudah pulang ke rahmatullah.
Ketika berpeluang bertugas di Alor Setar sekitar 2005 hingga 2007, saya sering berulang-alik dari Alor Setar ke Pulau Pinang. Setiap kali dalam perjalanan pergi balik, saya nampak papan tanda "Bukit Mertajam", dalam masa itu yang terlintas di fikiran adalah hubungan rapat yang pernah berlangsung antara arwah Nenda saya, Allahyarham Haji Mohd Yusuf Abdul Razak dan Allahyarham Haji Idris Ahmad.
Bagaimana mereka berdua ini berkenalan dan menjadi sahabat rapat, waullahualam. Allah SWT sajala yang amat mengetahui perkara itu memandangkan jarak antara dua keluarga ini amat jauh; kami sekeluarga menetap di Johor Bahru, Johor, manakala Tuan Haji Idris dan keluarganya menetap dan tinggal di pekan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
As far as I remembered from what my aunt; she told me, my late Grandfather always munajjat and doa to Allah SWT that his life in dunia will not be in vain and he also wish in his life he will always get the opportunity to be friended with any of the puyers and the alims. Betul lah kata orang, kita memang kena pilih kawan. Kalau kita pilih kawan di kalangan yang baik dan beriman, maka sudah tentu kesudahan kita pun insyaAllah baik. tapi kalau sebaliknya, jadilah kita sebaliknya juga.
Alhamdullilah, I guess Allah SWT had granted and makbul my late grandfather's doa and wishes.
So back to my earlier story, me and my family were invited for an iftar by our friend, Kamal and Hajar at their place in West Bowling. Ketika buka puasa itulah saya bertemu dengan Intan dan suaminya Che Mat yang kini belajar dan menetap di Manchester. Kedua-dua mereka bertugas sebagai pensyarah di UUM.
Perbualan kami berlangsung seperti biasa tetapi inilah yang dikatakan takdir. Hanya ketika pada saat akhir ketika saya sekeluarga bersiap untuk pulang ke rumah, saya sempat bertanyakan kepada Intan mengenai tempat asal kelahirannya.
Intan memberitahu dia berasal dari Pulau Pinang. Saya dengan berseloroh berkata, dia mesti orang kampung 'Pak Lah'. Cepat juga Intan menjawab tidak, sebaliknya dia kata dia dan keluarganya berasal dari Bukit Mertajam. Ketika itulah saya memberitahu Intan mengenai kenalan rapat arwah nenda iaitu Haji Idris Ahmad yang sudah lama terputus hubungan. Saya juga ada menyebut mengenai salah seorang anak Allahyarham Tuan Haji Idris, Che Misbahah yang juga anak angkat kepada keluarga kami di Johor Bahru ketika Misbahah menuntut di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (MPTI) sekitar tahun 1977 atau 1978.
Saya sebenarnya pernah mengikut kedua-dua nenda serta ibu saudara saya berkunjung dan bermalam beberapa hari di rumah Allahyarham Tuan Haji Idris ketika musim cuti sekolah. Ketika itu saya dalam lingkungan usia 7 atau 8 tahun. Seingat saya di sebelah rumah Haji Idris terdapat sebuah madrasah serta surau tempat beliau mengajar fikh serta ilmu agama. Kediaman Tuan Haji Idris juga tidak jauh dari kedudukan Balai Polis pekan Bukit Mertajam.
Terperanjat bukan main Intan apabila mendengar apa yang saya ceritakan. Kami terus berpelukan dan masing-masing bertukar alamat dan bersetuju untuk saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.
Cerita yang saya dengar mengenai Allahyarham Tuan Haji Idris Ahmad ini yang allahyarham bukanlah calang-calang orang. Allahyarham terkenal sebagai seorang alim yang tinggi ilmu agamanya. Beliau juga pengasas kepada perniagaan Kopiah Bukit Mertajam.
Ada cerita menarik yang pernah saya dengar daripaa nenda yang kemudianya diturunkan kepada ibu saudara saya mengenai Haji Idris ini. Ketika berlaku kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969; kebetulan Haji Idris dalam perjalanan pulang daripada Singapura ke Bukit Mertajam. Bagaimanapun dengan izin Allah SWT, segala urusan perjalanannya pulang ke rumah dipermudahkan tanpa sebarang gangguan.
Kafir-kafir yang berada di kawasan stesen keretapi di Singapura yang sedang mencari-cari orang Melayu ketika itu seolah-olah 'dibutakan mata' oleh Allah SWT daripada melihat kehadiran Haji Idris. MasyaAllah dan subhanaullah. Semua ini kuasa kebesaran Allah SWT dan tentunya doa Allahyarham kepada Allah SWT.
Puan begitu, saya sebenarnya kini dalam penantian. Tidak sabar rasanya menunggu kedatangan Intan dan keluarga di Little West Yorkshire pada Aidilfitri Al Mubarrak tidak lama lagi. Terlalu banyak kisah dan khabar keluarga yang ingin kami berkongsi bersama....


Saturday 20 September 2008

a day in little west yorkshire

Assalamualaikum....

How are you today? Ok? Good, good. that's nice. Me? syukur alhamdullilah. Dah nak masuk autumn dah kat Little West Yorkshire ni, walaupun daun masih belum lagi menjadi merah dan belum satu pun dah mula jatuh berguguran. Tapi angin pun dah mula tiup kencang dengan cuaca sejuk sampai ke tulang hitam. Biasalah....England. Kalau tak sejuk tak namapun England kan.

Anyway, just to share with you...two of my dear friends and their families nak balik ke Malaysia dah tak lama lagi. Semalam kita ada juga jenguk dia orang. Dah kosong dah rumah masing-masing. Kak Shikin and family balik Isnin depan dan Zura & Co balik pulak on the 24th September. Sedih... kerana kita hanya diberi peluang kenal depa just less than 12 months.
Tempoh 12 bulan yang sangat mengajar mengenai erti kehidupan. Chewah!

Balik semula tang kisah musim sejuk ni. September or end of August is actually the best time for us Malaysians to review back our electrical and gas bills. This is the best time to do so.. Serious.. nak buat masa winter nanti dah terlewat kerana during winterlah masa yang paling banyak kita gunakan gas for central heating ataupun gas heater.

So, what you should do now is to go to www.moneysupermarket.com dan cari syarikat gas mana yang boleh beri harga yang competative. Pada masa yang sama, kena buatlah sikit homework. You kena review semula semua bil gas u selama setahun dan tengok berapa purata sebulan. Tak kan tak boleh buat statistik sikit kut. masa kat uni dulu mesti ada belajar basic stats kan. So bila dah review kat moneysupermarket.com tu, carilah syarikat yang bole beri harga paling sesuai dengan budget you.

In our case, my hubby pilih Southern Gas (thanks a lot Riduan for your advise). tapi jangan ikut we all. you guys sendiri kena buat sikit homework. after all your workloads adalah di atas bebanan bahu masing-masing bukan? hidup kat sini kena selalu up to date dengan perkembangan semasa. Tak tau tanya. Tak faham tanya. Tak gheti tanya. Nak mintak tolong orang pun kena tanya. Jangan. I repeat tolonglah JANGAN MEMANDAI-MANDAI.

If you desperately need help, helps will always be around you and come to you. InsyaAllah. But you must remember...tak semua kat sini sudi nak menolong tapi pada masa yang sama tak semua juga orang Malaysia yang ada tak nak menolong... Tapi yang paling penting dalam kita nak mencari kawan, kenalah pandai-pandailah bawa diri. Jangan tau nak memangkah je orang lain. Bila orang berbudi, kita berbahasa. Bila, orang memberi, kita merasa. Tapi yang penting, takda benda percuma. Bila orang berbudi kat kita, kita mesti tahu bagaimana nak balas semula baik budi orang tu.

Kalau you belajar misalannya dan husband you pulak 24 jam bekerja dan tak ada orang nak jaga anak you; I bet you can always ask any Malaysian siapa yang boleh tengok serta jagakan anak-anak masa both you and your partner sibuk. Provided masa yang you nak hantar anak you kenalah sesuai dengan masa orang yang nak menjaga. Janganlah main luru masa ikut dan je. Pada masa yang sama pandai-pandailah compromise dari segi upah dik oooi. Takda orang nak jaga anak orang lain for freeee....ini bukan charity.

Basically life kat UK ni kalau ikut hukum alam sebenarnya mudah. Macam saya katalah, kalau orang berbudi, awak berbahasa. support system insyaAllah ada. Kita ada juga kawan yang tinggal di bandar besar lain kat UK yang langsung tak prefer jaga anak orang lain. Ramai yang merungut tang perangai buruk orang Malaysia kat UK nih. Bila nak minta orang Malaysia lain jaga anak masing-masing kalau boleh nak dapat free gitu saja tapi sedangkan harga sebenar services nursery kat Britain ni sejam dalam 5-6 paun sterling.

Takda yang percuma dik. Dont be naive and dont be selfish. bukan awak sorang je nak kumpul duit berkepuk nak bawak balik Malaysian bila dah habis mengaji. Sini kena ada konsep tolong menolong. Kau garu belakang aku, akupun nanti sudi garu belakang kau...
So, dalam kes nak mintak tolong orang jaga anak kita, bila kita tahu orang ikhlas nak jaga anak kita..tak kisahlah berapa jam laki awak nak kerja dari siang malam sampai ke subuh sekalipun dengan awak sendiri nak duduk berkampung kat uni sekalipun...tak pa. tapi yang paling penting si kecil tu sentiasa selamat dari segi keselamatan dan makan minum. Mak bapak membanting tulang siang, malam, pagi hingga ke petang untuk mendapat wang...bukan untuk orang lain tapi untuk kebajikan keluarga sendiri. Tak begitu????

Jadi, kekawan....cakap lu tu lain kali kena serupa bikin sikit. fikir-fikirkanlah apa priority penting dalam hidup. Siapa kata senang oii nak jadi mak bapak...


Tuesday 16 September 2008

a day in little west yorkshire


You must think that all went well for our buka puasa yesterday. Today is the 17th day of Ramadan. I am quite a happy and content woman coz I managed to create my own blog (it is A big deal to me) and I am also now a proud owner of a Friendster too. Tu lah, asyik tengok je Blog dengan Friendster sendiri je berulang-ulang kali (syok sendiri nampaknya).

And guess what, so far, the viewers of my blog are my two cousins, Anim and Elly and my good friend Rizal. Heee...heee..thanks guys for your support.

Talking about buka puasa semalam, all three of us (me, hubby and Fawwaz) went to buka puasa at Shimla Kebab House at Great Horton Road. I got to know about Shimla from a new friend name Liza. She did her PhD in Bradford University years ago so when she came back to UK recently she told me about this particular restaurant.

I have to admit the food was good and the services were also ok. But I noticed my better half was quite unconfortable each time we dined out in Shimla (tak banyak kali datangpun, yang masuk semalam baru dua kali). Guess what, he couldnt stand at all the background music in the dining area which was too loud and at to one extend both of us were feeling quite giddy and sick. Imagine just listening to the music can make you feel sick!

I am fan to any music genre and actually I dont really discriminate any kind of music at all (including keronchong and dangdut) but yesterday incident was quite a traumatic one. The loudness and the music itself were quite extreme, sort like a mixture of worshipping, hollowing cry and extreme crying for something at the same time.

I couldnt understand a word of course, it was either in Urdu or Hindustani language. But, I could guesslah. Must be some sort of nasyid song, tapi ini jenis berpuntal-puntal dengan sita as background dan at one part the singer dah terjerit-jerit macam ayam kena sembelih, menggelupur-gelupur tapi belum mati.

Sementara nak menunggu waktu berbuka tu, both me and hubby dah mula rasa mual dan nak muntah gila. Masing-masing dah pusing-pusing tengkuk tapi ironynya orang sekeliling kita langsung takda benda. Tak terjejas sikitpun langsung dik lagu tu. The song kept winding on and on until the waiter came and served our first course - samosa sayur.

I guess in any other surroundings both of us could finish easily and sapu bersih four pieces of samosas in one gulp but in yesterday incident, nak habis satu pun dah terketar-ketar. Then the second course datang, roti nan dengan karahi ayam...aku dah mula tension sebab langsung tak boleh masuk. Fawwaz bila dah boring mulalah merapu, dah start main gelas, ketuk pinggan dengan sudu garpu. Dan seperti biasa angin akupun terus berpusing jadi tak baik.

Akhirnya, both me and my husband serentak cakap, "kita balik rumah jom". Both mutually agreed that my hubby should pay the bill as soon as possible (hehehehe..on him tha's the most important think) and tapau the rest of the food and kita orang sambung balik makan kat rumah.

Belum sempat angkat kepala nak panggil waiter, adalah dalam lat dua tiga meja sebelah tetiba dah mula terjerit-jerit dan mula saling tolak-menolak. Apahal lak, rupanya gaduh.... Gaduh? Yup, gaduh antara si patron dengan si waiter. Asalnya terlanggar lepas tu masing-masing berlawan cakap lepas tu dah start cuit-cuit badan, lepas tu dah start tunjal-tunjal kepala lepas tu dah lawan nak bertumbuk pulak - cik ling yang ada kat sini ni memang Drama Queen.

Apa lagi...gaduh! Gaduh lah! Aku pun tumpang seronok juga nak tengok orang gaduh sebab dah lama juga tak gaduh ni. Adraneline kita ni bila sesekali pumping vigorously akan membuatkan badan kita hangat dan kita jadi excited. I was sooo verrryy...excited until I didnt realised that I changed the position of my chair just to see those two idiots fight.

Bagus gak. Baguslah, gaduh! gaduh! Apa lagi, jangan cakap banyak, hentak je...berentaplah kalau terror. Lama juga aku tak jadi penonton rancangan wrestling atau boxing secara langsung secara percuma. Lagi menarik bila yang bergaduh satu badan tegap dalam tinggi 6 kaki lebih yang si waiter pulak kudut je, tapi sebab masing-masing hangat hati punya pasal, nak berentap jugak.

Bila dah tension keadaan tu, dah mula tolak dua tiga meja sekeliling, manager restoran dengan patron lain semua bangun dan leraikan. Sekali lagi ironi, music background yang membingitkan telinga dan memusing kepala kami berdua pun serta merta terus berhenti. Ah lega.....

Reda je keadaan, tak banyak cakap hubby terus capai coat kami anak beranak, tarik tangan aku dengan tangan anak dan tolak kami berdua keluar dari pintu depan kedai dan blah as soon as possible. Kapussshhh....Tapi aku masih lagi tak puas hati sebab tak sempat tengok apa kesudahan drama gaduh cik ling yang berendap berdua tu.
OK, this is the best part. Semua cost untuk kami bertiga anak beranak makan for a plate of Chicken Beriani, tiga keping roti nan, dua jenis karahi, satu jug manggo lassi plus services and iritating free musical interlude and free boxing cum wrestling programme semalam = 31.45 (in Pound Sterling).

Tak berbaloi!!!!

Sampai rumah, Afifi dengan nafas panjang cakap, "No more dining out for buka puasa at Shamla. Makan kat rumah lagi selesa dan jimat gila and no more being a free spectator kalau orang bergaduh,". I seconded him - he was right for the first and the second point because as usual he will always right in all time. That's my hubby. Tapi I didnt agree on his third part of his statement.

I wonder, why is it I didnt feel satisfied. Did those two idiots really gaduh betul-betul, agaknya siapa yang menang. Ntahlah paling tidakpun agaknya tak gaduh langsung.

Monday 15 September 2008

a day in little west yorkshire


Six golden and important rules for a Malaysian family to survive living in UK.

* Do not listen to other Malaysian (whether on job prospects and opportunities, driving license and car insurance) especially if they are also student like you and just so happen so to be living in the same area slightly a year or two then you - because many Malaysians are actually very blur and ignorants, tapi pandai memandai-mandai and because they are blur they tend to confuse their own countrymen unintentionally.

* Always, I repeat always check with the locals about the real rules and regulations and situations in your area because at the end of the day, the local knows better. So, my point is janganlah duk campur dengan group Melayu je, belajarlah bersosial dengan bangsa lain.

* Nobody are allowed to control your mind and any of your decisions regarding your family well beings - not your friend, not your neighbour and especially other Malaysians, because at the end of the day you, yourself decides your own priorities and happiness.
This thing can occur especially to those who just arrive UK. At this very early stage you and your partner are actually will be very fragile and vulnerable. So, at this trying time you will meet some quarters who seems nice but actually can be a tyrant and they can bully you into doing or buying things. They will of course using 'friendly' kind of questions suc as, "So, bila you nak beli kereta,", "Dah travel mana?", "Dah jalan mana?", "Dah pergi car boot mana?". All these questions are just plain stupid and a waste of time. Like the Malays said, "buang masa je" so the best thing to do is just "buat bodoh je".


* Be friendly but not familiar. Yes, you can be friendly with your fellow Malaysians but do not at all be close to them. This will give way to backbiting and bickering later on. At the end of the day, if you become too familiar with these people, they would end up easily hurting your feelings and definitely they will in every ways try to invade your family privacy (Malaysian loves....doing that).

* Be discreet and private at all time. If you want to go for holidays, just go and enjoy yourself with your family. You are not oblige to invite everyone for that trip. Remember, life in UK is hard enough and everything is costly and expensive, plus your husband is not a milionaire nor a 'Santa Claus'. Do not go for holiday in a big groups because it will be quite taxing and troublesome.

* Strengthen your family relationships. Actually these three 3 years durations in UK will be the best time for you and your partner to strengthen your family relationships. Your life here is just one of the transactions. After UK, you will go back and move on with your real life. So, my dear friend, always-always be prepared, do not lose your cool, do not rely on others, do not expect much from others and you must always-always be strong and self-reliance.

Good luck and may Allah bless you.
Baru nak tarik nafas. Itulah yang kita boleh cakap sekarang ini. My little angel, Fawwaz is starting his full day school sessions today and his going to have his dinner at school cafe too. Kita tak payahlah nak jemput dia balik dari sekolah dan resend him again afterwards. Letih duk ulang-alik.
Banyaknya dah berlaku since the whole family moved in to Little West Yorkshire. We are here already like 12 months and 21 days and today is the 16th day of Ramadhan. I am very pleased that now atleast I have more time for myself. The first six months of our stay in Little West Yorkshire here were really crazy and hectic. Me and my family were then basically strugling to addept to whole the new system in UK.
Now, come to think of it we were very greatful to Allah SWT for giving us strength to move on with out lives. Alhamdullillah, as I said earlier me managed to live our lives smoothly and accordingly.
Tulah, bila rasa lega dah sampai, barulah ada rasa nak menulis. So, bear with me. Blog ni adalah milik peribadi. Segala yang ditulis adalah pandangan peribadi penulis dan orang lain tidak berhak untuk mengkritik pandangan penulis mengenai sesuatu isu, melainkan pandangan itu adalah pandangan ikhlas dan membina.

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.