Wednesday 19 November 2008


Selalunya aku tak suka bercerita mengenai teman dan taulan di Malaysia kerana hidup aku kini lebih berkisar kepada kehidupan aku dan keluarga di Little West Yorkshire. Baru-baru ini seorang teman lama berjaya menghubungi aku melalui email dan mencadangkan supaya menggunakan Facebook untuk kami berinteraksi.
Pada awalnya aku malas (bukan malas tapi sebenarnya tak mahir dalam hal IT dan komputer ni) tapi lama kelamaan timbul rasa seronok malah tiap hari aku akan pasti mengunjungi layar fb. Tapi dalam keseronokan berhubung dengan rakan-rakan lama baik, banyak juga yang tak menyeronokkan. Tak seronok kerana pelbagai khabar sedih mengenai ramainya di kalangan teman lama sudah bercerai berai.
Biasalah bila aku tanya kawan-kawan kenapa terjadinya begitu, ringan dan mudah mulut masing-masing berkata; "dah takda jodoh. biasalah adat dunia...dah lumrah hidup,". tapi sebagai seorang insan, isteri dan seorang ibu, perasaan aku cukup tertekan dan meluap-luap bila mendengar pandangan sinis sebegitu.
Hidup sebagai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga sebenarnya bukan satu ikatan sementara bersifat luaran atau superficial. Aku melihat perkahwinan sebagai satu hubungan yang amat kompleks tetapi ganjaran yang kita dapat daripada hubungan itu amat besar.
Pada aku, perkahwinan itu satu cubaan menubuhkan sebuah syarikat atau perniagaan. Macam orang lain bila tubuh syarikat, kita akan invest masa, tenaga, harapan dan pada masa yang sama berani mengambil risiko dalam membuat keputusan. CEO dan Pengerusi syarikat yang hebat bukannya individu yang gah buat syarikat tapi syarikat bungkus dalam masa setahun dua. CEO yang hebat adalah individu yang dapat mengekalkan prestasinya sehingga ke beberapa generasi akan datang dengan pulangan yang hebat kepada setiap anak buahnya.
Agama....no, Islam sendiri melihat perkahwinan itu sebagai institusi yang membawa matlamat kepada kesejahteraan hidup. di mana si suami dan isteri sebenarnya saling melengkapi. sebab itu bila aku mula melangkah masuk ke gerbang perkahwinan satu ketika dulu (dalam usia yang tidak begitu muda) aku melihat institusi itu dengan mata terbuka dan setiap langkah yang aku ikuti dibuat dengan sepenuh hati.
For someone who is still in this institution...i strongly believe that marriage will bring balances and sanity in our lives. Main reason kenapa satu-satu perkahwinan itu masih 'hidup' kerana wujudkan interaksi dan komunikasi antara dua pasangan yang ada dalam institusi itu. aku tak nak komen kalau jika ada lebih tiga atau empat....tu sendiri cari penyakit.
For heaven sake...if you can have a child or children with that person dan u decided to share the rest of your lives with that person...dangkal dan kasihanlah jika anda gagal berinteraksi dengan pasangan anda.
Am I asking too much from this life?

Friday 14 November 2008

risau jadi mak bapak....

Bukan senang nak jadi mak bapak. Sekadar 'menabur benih' dan sekadar melahirkan lepas tu campak kat tepi longkang atau depan pintu masjid....hhmmmm mana-mana bapak anjing dan ibu kucingpun boleh buat. tapi hakikatnya, ramai yang dah jadi bapak anjing dan ibu kucing dalam era akhir zaman ini.
Sedih, tapi itulah hakikatnya yang terjadi dalam masyarakat kita. Sepatah kata seorang kawan, sekarang ni kepimpinan melalui teladan. Kita sebenarnya bersalah kerana membenar malah mempraktiskan apa yang kita lihat melalui tindak tanduk orang yang disekeliling kita termasuklah idola, ibu dan bapa kita tapi paling menjijikkan pemimpin kita di kalangan Yang Berhormat.
Kenapa saya kata, 'kita' kerana kita sebenarnya yang membenarkan fenomena yang cukup membusuk serta meloyakan seperti mengandung anak luar nikah; curang di kalangan pasangan, penyalahgunaan dadah; bunuh membunuh, merogol, merompak malah 1,001 kepincangan masyarakat yang kini berleluasa terjadi.
Terjadi semua ini kerana jatuhnya jati diri dan moral seorang insan dan hilangnya kepentingan institusi keagamaan dan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita. Semua kini yang ada adalah berlandaskan semata-mata on materialistik dan kebendaan. memang mudah menuding jari kepada dua faktor ini tetapi hakikatnya itulah yang terjadi berulang-ulang.
Paling meloyakan bila melihat orang biasa - ya orang biasa seperti saya, I, aku, gua - awak, you, engkau, lu...sekarang ini berlumba-lumba mendambarkan lifestyle ala-ala artis dan movie star. Ntah apa yang seronok sangat dengan tarikan imej serta pesona glamour tu, saya sendiripun memang sampai sekarang tak faham.
Malah perbualan yang dibincangkan sangat dangkal dan cetek - tidak berkisar mengenai apa yang sepatutnya dikhabarkan seperti kegawatan ekonomi di US dan Eropah atau paling tidak bertanya ikhlas mengenai khabar kawan dan taulan; sebaliknya lebih kepada kisah getik gedik artis bercerai berai, siapa terkeluar dari X-Factor paling tidak AF, siapa dapat berlakon ni...dan of course kehebatan diri masing-masing.
Pada aku ini semua mendambarkan kekosongan jiwa yang amat nyata. Aku sebenarnya cukup kasihan melihat spesies seperti ini. Jiwa-jiwa kosong seperti ini sebenarnya tercari-cari apa yang boleh menjadi escapism dalam diri mereka. Dalam mencapai kebahagian diri, tidak ada orang yang lebih arif selain diri sendiri. Kita tentukan kebagiaan diri sendiri dan bukan 'benda' atau orang lain.
I dont know what is happening in Malaysia dari segi perspektif ekonomi sebab semua headline surat khabar perdana macam ala-ala in denial. Sibuk cerita mengenai kisah politik serta artis (rasa bosan dan mual gila) but obviously in UK currently everybody is panicking because many people are affected by this economic downturn. Ramai akan dan sudah kehilangan kerja pun. Bukannya sikit malah berpuluh ribu kerja dan jawatan terpaksa dikosongkan. Kegawatan ekonomi juga sudah mula di Jerman dan meresap di EU, malah lebih 1.2 juta orang di US sudahpun kehilangan kerja sepanjang tahun ini. I bet the crime rate akan naik mencanak macam roket..lepas ni.
Wake up my friends. Takda masa dah nak sibuk cerita kisah artis dan tarik grand piano masing-masing. Banyak berdoa supaya kita tidak ditimpa musibah. Just jaga diri, jaga keluarga supaya kita tidak termasuk dalam statistik yan menjadi mangsa keadaan atas kesilapan dan kealpaan sendiri.







Monday 10 November 2008

Bangun dari kesedihan

Dua rakan baik saya masing-masing dalam dua peringkat umur yang berbeza pada masa yang sama menghadapi saat paling getir dalam hidup mereka. Patah hati dan kecewa. Kasihan...tapi sebagai manusia yang lemah dan selalu melakukan kesilapan, bila terjadinya musibbah itu, kita perlu teguhkan semangat, cekalkan hati dan bangun dari kejatuhan itu.
Tidak ada insan yang sentiasa cekal hati sepanjang masa. Tidak ada insan yang tidak pernah kecewa dan putus asa. Tapi saya percaya, insan yang paling hebat adalah insan yang bangun semula daripada kejatuhannnya. Bangun dan cuba meneruskan hidupnya seperti biasa dan paling hebat berani mengambil keputusan untuk memperbetulkan keadaan di mana dia berasa kecewa dan tidak selesa.
Sebagai seorang wanita, sebagai seorang adik dan sebagai seorang kakak...hanya doa dapat saya panjangkan kepada dua insan teristimewa ini. Bangun dari kejatuhan dan kesilapan dan pastikan kesilapan yang sama tidak berulang dan berulang dan berulang lagi....

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.