Thursday 26 March 2009

penting ada keikhlasan dan kejujuran sebagai nilai diri

Entah kenapa hati ini semakin bertambah-tambah sakit dan semakin remuk dengan keputusan sekumpulan tolol bernama 'perwakilan' sebuah parti gah yang keramat dalam melihat kedengkelan akal mereka memilih pucuk pimpinan masing-masing. Jika diikutkan radang dan perasaan mahu saja saya kata, "Ah peduli apa aku,", tapi hati nurani ini ternyata masih ikhlas dan masih mahu ambil peduli.
Pengamatan memberitahu diri bahawa kumpulan komuniti tolol yang bekampung di dewan besar itu sebenarnya hidup dalam kepura-puraan. Mereka sebenarnya terlalu gelojoh sehingga saat angkara kegelojohan mereka kelak akan menyebabkan golongan tolol ni rebah tersadai di kaki orang lain ....
Selagi si tolol pekak dan buta itu tidak melakukan muhasabah diri; tidak melaksanakan pengamatan ilmu sebagai nilai hidup; tidak menjadikan konsep ketakwaan, keikhlasan dan kejujuran sebagai nilai diri...selagi itulah segala kemusnahan diri dan kegelojohan korupsi akan berleluasa.
Jangan kata, alah saya tidak peduli kerana saya bukan ahli parti ini ....dan saya bukan ahli parti itu...Semua orang perlu berpolitik dan mesti tahu susun cara hirarki politik sebenar kerana pada akhirnya kita perlu mencari alternatif untuk memastikan generasi kita, anak-anak dan cucu cicit kita terus survival di masa akan datang.
Kehidupan kini cukup kompetetif dan kita tidak lagi boleh mengambil sikap acuh tidak acuh. Kita perlu pastikan anak-anak kita dapat berdaya saya bukan di peringkat kampungan malah lebih hebat daripada anak bangsa lain dalam kehidupan yang agak kompetetif ini.
Saya suka mengingatkan perkara yang sama pada diri sendiri dan pada rakan-rakan lain; sebagai ibu bapa dan dewasa tugas teras kita adalah memastikan didikan yang kita beri kepada si anak mesti bercirikan ajaran Islam sebenar serta garis panduan serta norma baik yang perlu dipupuk sejak kecil lagi.
Pun begitu, kita perlu juga melontarkan soalan jujur pada diri sendiri; adakah sebagai ibu bapa kita sudah melaksanakan tugas serta tanggungjawab itu. Adakah anda sebagai bapa dan ketua keluarga menunjukkan nilai serta contoh yang baik sebagai pemimpin? Adakah anda sebagai bapa benar-benar menyediakan rezeki halal pada keluarga? Adakah anda sebagai ibu, benar-benar jujur dan ikhlas melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita?
Sebagai pelajar....adakah kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita selaras dengan duit dan imbuhan yang kita terima secara langsung dan tidak langsung daripada kerajaan yang memerintah, memberi peluang serta menghantar kita di tanah asing ini.
Pun begitu saya masih lagi kecewa serta gundah gulana dengan keputusan kumpulan si tolol yang mengangkat si tolol besar sebagai ketua mereka. Lebih sesuai dijadikan sebagai aksi lakonan kumpulan badut di pentas circus. Arghhhh, jika diturutkan hati yang remuk redam ini...mahu saja dihemburkan kata-kata,"Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya,".

Wednesday 11 March 2009

Lebih sudu daripada kuah...

Ini kesimpulan saya mengenai tahap kecekapan perkhidmatan kesihatan di Bradford, West Yorkshire yang terletak di United Kingdom secara keseluruhan. Receptionist klinik kerajaan (NHS) di West Yorkshire perangai macam selepau hawau@#%%$$$$!!!!.... terutama yang jenis bangsa Cik Ling...cukup mengada-ngada.
Keduanya baik Doktor mahupun jururawat terlatih di West Yorkshire semuanya pemalas....maaf bukan dua ahli profesyen ini saja yang melalui pengamatan rapat saya buat dan selidiki secara halus dan kasar mendapati mempunya penyakit "M" Besar membabitkan semua lapisan masyarakat majmuknya iaitu penyakit serius PEMALAS.
Jadi, tidak hairanlah jika ada doktor -doktir (ala yang pakai baju kot labuh puteh dan mundar-mandir di kawasan hospital dan klinik) yang mendapat latihan dan pembelajaran daripada United Kingdom pulang ke Malaysia banyak merungut dan banyak songel! "Ala, letihlah...banyak kerja...ramai pesakit, gaji kecil," sebab rupa-rupanya depa semua belajar sikap pemalas daripada maha guru yang ada kat UK untuk jadi Pemalas Besar-besaran!!!!
Untuk mendapat perkhidmatan rawatan di UK..bukan mudah. Anda perlu mendapatkan appoinment sekurang-kurangnya tiga hari sebelum jatuh sakit sebelum anda dibenarkan untuk 'bertemu' dengan doktor. Dan paling memberi latihan kesabaran jiwa kepada kita ialah bagaimana kita perlu berdepan dan banyak bersabar dengan kerenah receptionist bangsa Cik Ling yang sangat-sangat perangainya ala-ala "Queen" dan mengada-ngada besar.
Fawwaz demam panas dan batuk sehingga terkencing-kencing dan ala-ala semput baru-baru ini. Bukan saja kami gagal mendapatkan rawatan keesokan harinya - malah dengan muka macam masam mencuka racun ala tuba, si receptionist dengan kononnya pandangan mata tajam dan kata-kata yang sinis memberi pesanan kepada saya." Jangan datang ke klinik jika tidak ada temujanji!!!!,'.
Jadi, kesimpulan sekali lagi, bila betul-betul sakit nak mati...kena beli ubat siap-siap untuk anak dan keluarga kita sebab kakitangan perkhidmatan kesihatan di UK mesti dilayan mengalahkan seperti keluarga di Raja!!!!

Thursday 5 March 2009

Love your body...love yourself

Saya hilang ramai insan yang saya kasihi, rapat dan pernah rapat kerana kanser. Selepas 'melihat' bagaimana mereka bergelut menghadapi kesakitan serta saat berdepan sakaratul maut, saya tekad memastikan diri supaya insyaAllah tidak berisiko tinggi dihinggapi penyakit maut itu.

Buat masa ini, dua rakan baik saya yang amat saya ambil berat dan amat saya kasihi sedang bergelut dengan kanser payu dara. Apa yang saya boleh lakukan sebagai seorang rakan adalah berdoa dan terus berdoa supaya kedua-dua insan yang paling teristimewa ini tidak menyerah kalah dan terus menghadapi kanser dengan tabah.

Berikutan melihat kesengsaraan orang yang saya kasihi menghadapi penyakit maut itu; sejak 1997 lagi sehingga kini saya tidak pernah ketinggalan mengambil peluang melakukan pemeriksaan berskala (bergantung kepada keperluan) bagi memastikan bebas atau sekurang-kurangnya tidak berisiko terjebak kepada kanser pangkal rahim mahupun kanser payu dara.

Melihat kepada nasib malang yang menimpa mangsa kanser ini, ia boleh terjadi dan berlaku kepada siapa saja tanpa mengira darjat dan keturunan serta latar belakang. Daripada orang biasa seperti kita, orang miskin dan tak berada hinggalah kepada isteri Perdana Menteri dan keluarga Di Raja semuanya tidak terkecuali daripada menghadapi bahana penyakit maut ini.

Bagaimanapun, saya agak terkilan juga bila kisah atau pengalaman bagaimana pesakit kanser menghadapi penyakit maut berkenaan dari segi ekonomi dan sosial kepada keluarga serta orang sekeliling si mangsa jarang dipaparkan secara telus kepada massa berikutan kurangnya pengetahuan mendalam mengenai penyakit maut itu.

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu dalam blog ini kerana mahu berkongsi pengalaman bukan mengenai pengalaman mereka yang sudah pergi tetapi untuk sama-sama berusaha memastikan kita berpeluang untuk menjaga diri supaya lebih banyak masa dapat kita luangkan bersama keluarga tersayang.

Alasan 'tidak tahu' dan 'tidak mahu ambil tahu' bukan lagi boleh diterima sebagai alasan kerana kanser boleh diibaratkan sebagai bom jangka. Boleh terjadi kepada sesiapa dan boleh 'meletup' pada bila-bila masa. Yang penting, selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti kena makan seimbang, buat senaman berterusan dan buat pemeriksana berskala...

Kena juga berani melepaskan apa yang tersemat di dalam hati. Soal hati dan perasaan hanya kita yang tahu dan arif mengenai diri sendiri. Saya perlu berani 'melepaskan' apa saja yang tersentap di hati dengan mana-mana individu yang pernah singgah serta 'menumpang lalu' dalam hidup kita.

When it is time for u to let go...just let it go. Full stop. Jangan ada kesal. Jangan ada terkilan dan tentu sekali jangan ada dendam.Tapi lebih mudah bercakap daripada melaksanakan. Seperti nasihat seorang teman yang juga seorang kakak kepada saya, "Na, kalau mahu jadi insan hebat, sebelum tidur malam kena ampun dan maafkan segala dosa musuh serta orang yang pernah menyakiti diri kau.
"Dengan memaafkan diri orang yang menganiaya diri kita ...kita bukan saja seorang insan yang hebat tetapi bila hati tenang dan tidak kacau; keikhlasan dan kecantikan akhlak diri akan terserlah pada kesihatan diri dan raut rupa...,".

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.