Friday 30 January 2009

Umno yang uno. Alahai...


I am so grateful with the IT technology especially with the inventions of internet and facebook (fb). My lap top and my facebook is a 'daily must' - it's like the air that I breathe, it's like my favourite cuppa coz I can savor the aroma and it is also like magical window where it gives me the chance to interacts with others.
Recently, I had this interesting conversation with an old friend (of course through fb) and it was quite a stimulating one. This good friend of mine is now working for an "Ahli Yang Berhormat". Which member of Parliament? Well, I'm not telling. It's your job to find out. Back then when we were still journalists, we used to cover the same assignment when we were working in the Place in Jalan Riong, Bangsar...
OK back to my conversation. So, this friend of mine was moaning and complaining how frustrated he/she is (not telling the gender too) looking at Umno (United Malay National Organisation) current situations. With crazy things going on...starting with a very weak leadership; ahli Umno lompat parti; no more united among the party members, money politics ...on and on and on. Tapi pada saya apapun he/she said about that Parti Keramat, they were all such an understatement.
What's new anyway about this Umno the so call Parti Keramat? This political party has been there for such a long time. Longer than Malaysia as a nation itself? Started with arwah Dato' Onn Jaafar, then arwah Tunku Abdul Rahman, arwah Tun Razak, arwah Tun Hussain, Tun Dr Mahathir and now....the present Umno Presiden a.k.a present Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
So, in any civilisations and history...people come and go. So, the same thing also could happen to Umno. They were there once, they are still here today but it is not impossible if they would just dissepear tommorow? Let's face it, Umno is not something like sacred Al Quran Al Karim. It is just a political party and of course it is a political tools. It is just a medium for a group of people using democracy to gain power and to form a government through general elections.
Nothing special about this Parti Keramat. To make sure Umno is not obsolete in the near future, the party members themselves must do the rebranding to the party - not through Puteri nor Putera Umno but from all aspects of hierchy, mentalities and values in that party itself.
Like
the Islamic Sociologist Scholar, Ibnu Khaldun said on his Cyclical Theory - Human Civilisation develop an expand when it reach it's peak, at that time the development of human civilisation are said to be completed. Dalam erti kata lain, pada ketika saat kemuncak tamadun itu berlaku, tamadun berkenaan mesti mengalami satu proses perubahan besar-besaran sebelum ia berubah kepada kitaran seterusnya.
To make sure Umno survive di masa akan datang - ahli parti berkenaan mesti brutal berani dan jujur buat perubahan yang semestinya bermula daripada pelbagai peringkat daripada yang atas hinggalah ke akar umbi.
Tun Mahathir wrote in his book The Challenge, dipetik sebagai berkata, "The rise and fall of a any civilisation depends largely on the values own by its inhabitants,".
Kalau sesuatu bangsa itu menghormati nilai yang dipegang bangsa itu akan maju - tapi jika ia mempermainkan nilai yang ada, bangsa itu akan mundur dan jatuh. Nilai yang dimaksudkan bukan nilai tertentu tetapi nilai universal yang diketahui umum.
Nampak mudah dan enteng...but this is something really serious dan berbaloi untuk difikirkan bersama. Bercakap mengenai nilai yang baik ...contohnya seperti sikap rajin, jujur dan amanah. Mengapa dalam Umno nilai baik seperti rajin, jujur dan amanah akan sentiasa diperolok-olokkan?
Kebanyakan ...I repeat...kebanyakan orang Umno tidak tahu menghormati nilai berkenaan. Justeru itu, tamadun yang ada dalam Parti Keramat berkenaan kini mengalami terlalu-lalu banyak masalah dan konflik.
Sepatah kata Dutch Scholar on International Law, Hugo Grotius,
"Leaders come and go, but the State are imortal,". Should I say more? Alahai....

Thursday 29 January 2009

Menangani rindu pada yang jauh...


Sukarnya nak memberi bayangan dan gambaran kepada teman dan taulan bila perasaan rindu datang mencengkam dan meronta-ronta. Lebih-lebih lagi bila kita sudah sampai di peringat alam dewasa dan masing-masing sudah berkeluarga, hidup berjauhan...beribu batu daripada keluarga tersayang cukup mencengkap jiwa.

Bukan kerana ego, bukan juga kerana maruah atau kerana kononnya tidak mahu kalah...kita kadang-kala hanya berani menzahirkan apa yang terpendam melalui keluhan serta detikan di hati.

Alangkah indahnya dan mudahnya sesuatu hubungan itu jika ia dapat berlangsung dan disusuri dengan telus melalui sentuhan dan kata-kata. Namun persekitaran dan budaya tidak mendidik atau menjadikan saya menjadi lebih 'telus' dalam hubungan dengan ibu bapa.


How can I be so naive...

How can I be so naive....should have known better. There is no such thing as plain honesty. There are always 'udang sebalik batu'. Should watch my back from now on...and u too my friends, u just never know that time would come to u. Next thing u know...ur face is flat on the board!!!! That hurts...really hurts...

Wednesday 28 January 2009


Salam friends, my cousin sister, Fatimah is becoming such a mature and a wise woman. I really love what she wrote on my facebook wall the other day. Read these....

"Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny,".


Tuesday 20 January 2009

Time to move on....


Berapa ramai di kalangan kita yang betul-betul berani melepaskan 'barangan' milik kegemaran kita bila masanya sudah tiba untuk berbuat demikian.

'Barangan' yang saya maksudkan bukan membawa maksud material items such as pakaian, kasut, buku atau kereta, tetapi ia lebih kepada sentimental items yang menjadi sebahagian besar daripada kehidupan dan tentunya kenangan dalam hidup kita.

These so call sentimental items can be our friendship with friends, relationship with in-laws or out-laws...ikatan perkahwinan, ikatan persaudaraan dan ikatan kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak yang pelbagai-bagai peringkat usia yang berbeza.

Baru-baru ini, saya seperti dikejutkan daripada lamunan, apabila anak tunggal saya mengambil keputusan untuk tidur berasingan. Fawwaz baru mencecah usia 4 tahun 6 bulan pada 16 Januari lalu. Sedangkan saya sebenarnya belum bersedia 'melepaskan' dia dalam usia semuda itu.

Paling mengejutkan apabila keputusan berkenaan dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada saya. Seingat saya, sejak saya diberi peluang untuk 'bersama kembali' dengan Fawwaz apabila saya dibenarkan untuk berpindah ke Alor Setar, Kedah pada 25 Disember 2005, saya tidak pernah berenggang tidur dengan Fawwaz.

Saya dan suami sebelum ini juga sering membincangkan kebarangkalian 'memindahkan' Fawwaz ke bilik tidurnya sendiri bila tiba masa yang sesuai, namun apabila ia berlaku, saya adalah orang yang paling terkejut. Yang empunya diri membuat keputusan berkenaan tanpa dipaksa-paksa, malah lebih awal daripada tempoh yang dijangka.

It just happened like that. It happended three day ago while Afifi was in mid of tranferring the VCD and the video player plus the TV set to the next room (of course with Fawwaz's help) and suddenly Fawwaz said that he wanted to have his own room and he was ready to sleep on his own bed - alone. And that night, we slept seperately in different beds and bedrooms for the very first time after more than 37 months sleeping together.

Saya terbungkam. Semalaman saya tidak boleh lena dan setiap 45 minit, saya akan ke toilet (alasan sebab toilet sebenarnya just next to Fawwaz's room) just to make sure everything is ok. Memang dia ok, tiada lagi igauan dan tangisan malam. Fawwaz tidur lena selena-lenanya sehingga keesokan pagi.

The bond between a mother and her son will always exist eternally...that is something that I am very sure between me and Fawwaz, insyaAllah. Tetapi on my selfish thoughts, I was bitter bcoz he didn't discussed his decision with me.

I thought being very close to him all the time, he would dicsuss that matter with me, his Mummy. Instead, he decided to refered that matter to my hubby - his Daddy. Then, I realised there are times when a son needs his Father to deal on certain issues in his life. It is time for me to move on...


Wednesday 7 January 2009

Happy New Year...or Sad New Year?

Salam Maal Hijrah and Happy New Year. Welcome 2009!

Itulah ungkapan yang sering kita terima dan kita sendiri mungkin ucapkan setiap kali datangnya tahun baru. Apa tahap keseronokan yang saya dapat capai dan harapan saya bagi tahun ini apabila ribuan rakyat Palestin di Gaza kini sedang berhempas pulas bersabung nyawa atau jika bernasib baik sempat lari menyembunyikan diri dari kekejaman askar Rejim Zionis..

Wajarkah dalam keseronokan saya sambil ketawa riang dalam dakapan orang tersayang melupakan seketika kesengsaraan saudara Islam saya di bumi Palestin yang kini jelas dihimpit kesengsaraan yang tidak ada tanda-tanda akan berakhir.

Wajarkah saya memboikot semua barangan keluaran Yahudi dan sekutunya Amerika Syarikat jika usaha pemboikotan itu berlangsung secara hangat-hangat tahi ayam dan akhirnya berhenti mati begitu saja. Atau paling tidak, hebatkah saya sebagai pemimpin jika saya mengaturkan satu demonstrasi mengutuk kekejaman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin?

Saya puas bertengkar dan bercakap dan bertukar fikiran dengan seorang teman lama yang begitu lantang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap keganasan yang berlaku itu namun yang jelas apa yang diperkatakan oleh teman lama saya itu tidak sedikit mengurangkan kegusaran di hati.

Saya teringat sabda Rasullullah SAW...makhumnya, Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan saya, tapi saya percaya percaturan dalam hidup saudara kita di Palestin ini tidak sebegini jika mereka memilih Parti Al Fatah...

Itu isu lain, tapi pada masa yang sama Hamas yang menang pilihanraya dan kini menjadi kerajaan bagi Palestin perlu menunjukkan komitmen sebenar dalam menjadi kerajaan yang bertanggungjawab. Jangan jadikan rakyat Palestin sebagai perisai manusia mereka dan jangan gunakan sekolah serta masjid sebagai tempat persembunyian dan tempat melakukan serangan sasar!!!!

Terlalu lama mereka bermusuhan dan tidak ada jalan lain untuk menghentikan permusuhan dan pembunuhan ini selain perdamaian. Usaha perdamaian perlu dilaksanakan secepat mungkin antara kedua-dua pihak dengan apa cara sekali pun. Ia perlu dilaksanakan secepat mungkin sebelum Gaza menjadi Padang Jarak Padang Tekukur...





About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.