Friday 17 September 2010

Doa Nabi Allah Yunus ketika ditelan Ikan Nun

Doa Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut Ikan Nun

by Munaarfah Abu Bakar on Friday, 17 September 2010 at 08:28

Doa Nabi Yunus a.s ketika berada di dalam perut ikan adalah (لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين)

Setiap muslim berdoa dengan ayat ini akan diperkenankan doanya.(HR Tirmizi)

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

Ibnusunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barang siapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

Iaitu :(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

SURAH AL-ANBIYAK(21):87

Menurutriwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. AkhirnyaNabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.

Jadi,jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita.


Thursday 16 September 2010

Nasi Lemak Larkin Garden...

Nasi Lemak Larkin Garden

by Munaarfah Abu Bakar on Friday, 20 August 2010 at 17:48

Untuk makan 4 orang (amboi banyaknya makan gergasi ke apa nih...lima dewasa dan seorang kanak-kanak)

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmathi - beras dibasuh dan dibersihkan dengan beberapa bilasan dan tos kering serta ketepikan.

5 1/2 hingga 6 cawan santan jangan terlalu pekat (bergantung kepada jenis serap beras)

2 inci halia dihiris nipis batang mancis

2 batang serai dititik

4 hingga 5 ulas bawang merah dimayang nipis

sehelai dua daun pandan disimpul

1/2 sudu kecil halba

3/4 sudu kecil garam

Cara membuatnya: Masukkan santan, daun pandan, halia, hirisan bawang merah, garam serta halba di dalam periuk dan masaklah di atas api sederhana kecil sehingga harum dan hampir mendidih. Tujuan dilakukan penyediaan sebegini bagi memastikan santan masak dahulu dan segala bahan tadi mesra jadi tidak mudah basi. Selepas hampir mendidih masukkan beras. Kacau sekali dua dan tunggu hampir kering. Terus tutup periuk rapat-rapat kecilkan api dan tanaklah nasi dengan api kecil lebih kurang 20 minit sehingga betul-betul kering.

Selamat mencuba.

Sambal Tumis Sotong Kering...

Sambal tumis sotong kering versi Larkin Garden

by Munaarfah Abu Bakar on Tuesday, 17 August 2010 at 05:31

Ramai berpendapat, penyediaan membuat sambal tumis adalah paling mudah tetapi ramai juga sebenarnya tidak begitu mahir dalam menyediakan sambal tumis sotong kering berikutan ia memerlukan beberapa teknik serta cara penyediaan tertentu bagi memastikan sotong tidak menganjal dan bila masuk ke mulut mudah dikunyah (dan tentu sekali sedap). Sambal tumis boleh dikira sebagai masakan (kebangsaan) yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan Jawa di Johor dan Melaka (Selatan Semenanjung Malaysia) selain asam pedas tumis yang hanya dipanggil sebagai Gulai di kalangan orang asal Johor atau Johor Bahru.

Bahan-bahannya:

6-8 keping sotong kering direndam selama dua hari dan ditukar airnya setiap 5 jam dgn campuran air dan abu chang (kalau takda abu chang boleh guna bikarbonat soda) tapi ada juga yang beri petua selepas rendam ...terus rebus sotong kering sampai kembang dan gebu!!!

20 - 25 batang lada kering dibuang biji dan direbus sehingga kembang (basuh dan tapis bersih-bersih)

4 hingga 6 biji bawang besar bergantung kepada saiz

4- 6 ulas bawang puteh

2 inci belacan

segenggam asam jawa dicampur air dan ambil jusnya

1 cawan gula pasir

3-4 sudu besar tomato puree

*tujuan sotong kering direndam dgn abu chang atau bikarbonat soda adalah memastikan sotong kering berkenaan boleh menjadi lembut dan kembang.

Cara membuatnya: Bila lihat sotong kering yang sudah direndam mulai kembang, kena bilas beberapa kali dan potonglah kecil, tos didalam tapis dan ketepikan. Sementara itu dua biji bawang besar dimayang nipis sementara 4 biji bawang besar yang lain dipotong kecil, bawang puteh diracik halus, belacan serta lada kering yang sudah dibasuh dan ditoskan dikisar halus di dalam blender.

2. Panaskan minyak di dalam periuk (bukan tak suka guna kuali tetapi bila guna periuk ada tutup dan boleh kurangkan kesan merecek ketika menumis bahan yang dikisar. Guna minyak lebih sedikit bila menumis sambal kerana lada dan sotong menyerap minyak banyak. Ok back to bussiness, bila minyak dah panas, tumis hirisan bawang besar (dua biji tadi) sehingga kuning dan agak separuh garing.

3. Selepas tu masukkan bahan cili dan bawang yang sudah dikisar ke dalam periuk dan tumis lagi sehingga kering dan garing serta hilang bau maung cili. Bila sudah garing bahan tumisan (gunakan api dapur yang sederhana), masukkan gula dan kacau sekali dua sehingga nampak likat sedikit, kemudian masukkan tiga sudu besar tomato puree dan tumis lagi sehingga 2-3 minit.

4. Pada peringkat itu, bahan tumisan sudah garing, masukkanlah sotong kering yang sudah ditoskan dan balik-balikkan lagi 3-4 minit sebelum dimasukkan 1 cawan air. Tutup rapat periuk dan biarkan mereneh atas api kecil selama 1 jam (tetapi jangan tinggalkan masakan begitu saja) sebaliknya kacau sekali sekala bagi memastikan masakan tidak berkerak dan hangit.

5. Buka tudung periuk dan bila lihat air semakin berkurangan dalam sambal, masukkan jus asam jawa serta tambahan gula merah jika rasa masih pedas menyengat. Tutup tudung periuk dan biarkan sambal masak lagi setengah jam dan akhir sekali barulah rasakan garam secukupnya.

* Sambal tumis yang sedap sebenarnya bukan rasa pedas semata tetapi rasanya mesti mesra pedas, masam, manis serta lemak. Selamat mencuba!!!!

resepi gulai ayam ala arab daaa...

by Munaarfah Abu Bakar on Sunday, 15 August 2010 at 13:07

This is another dish that u should eat with Mandy rice. Sang suami sukalah makan ni sama ada dgn nasi Mandy ataupun dgn nasi Maqlubah. Ala-ala Pak Arab gitu. he he he...anyway, kalau nak cuba apa salahnya. Resepi bukan milik kita, ilmu jugak bukan milik kita sorang- semua ilmu adalah milik Allah SWT. Air tangan orang masing-masing rasa lain. Tak bawak mati ke kubur untuk sorang diri tapi ilmu yang dikongsi bersama adalah pelaburan amal jariah ..insyaAllah.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam atau 1/2 kilogram daging kambing yang bertulang. basuh dan toskan kering2 biar buang air darah tu supaya tak hanyir

2 biji bawang besar dicincang halus

6-8 ulas bawang puteh dan 2-3 inci halia dikisar halus atau boleh guna 2 sudu besar serbuk halia

4 biji tomato dicincang halus dan buang bijinya

2 biji kentang dibuang kulit dan potong empat

2 biji carrot dibuang kulit dan potong tebal-tebal membulat

secekak daun ketumbar dan daun pudina

2 sudu tomato puree

1 tin pasata atau kalau takda guna air stok ayam tu sudahlah

2 sudu besar rempah beryani + 1 sudu besar rempah kari daging lepas tu bancuh dgn air jadikan pes

Cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam periuk. Bila dah panas, tumis bawang besar sampai layu dan warna kuning keemasan. lepastu masukkan bwg puteh dan halia dan tumis sehingga garing. Bila garing baru masuk tomato dan kacau lagi biar sampai garing. Bila bahan tu garing masukkan pes beriani dan rempah tadi dan kecilkan api. Pasti bahan ni betul ditumis sampai garing dan bukan hangus. Bila dah garing baru masukkan ayam atau daging kambing. Gaul elok biar daging separuh masak baru masukkan sikit air. Adjust dgn tomato puree atau kalau ada pasata tu takyah guna tomato puree tuh. masukkan carrot dan kentang. biarkan mereneh sampai daging empuk dan sayur pun empuk juga. Adjust dgn sikit gula dan garam...ikut cita rasa. Sementara tu basuh dan toskan kering2 daun ketumbar dan daun pudina. Potong halus2 dan sebelum api dimatikan taburkan dua jenis daun ni di dalam periuk lauk dan kacau rata.

Siap...selamat mencuba....

It all started with Nasi Mandy...

It was just few days after Ramadhan. A long lost friend from ITM days asked me the recipe of Mandy Rice of Yamen...then my mind just couldn't stop. I just can't help myself...it was like a waterfall...it was all over before I can even stop myself. So, bear with me...


Nasi Mandi adalah makanan kegemaran Arab Hadralmaut di Yamen atau pun Arab di Arab Saudi. Sebelum buat nasi ni kena buat dulu dia punya Mandy Spices untuk diperap pada ayam atau pada daging kambing untuk dibakar atau dipanggang.

Bahan-bahan untuk Mandy Spices:

2 sudu besar biji halus dalam buah pelaga - siatkan kulit buah pelaga dan ambil isi biji dalam lingkungan 9- 11 biji buah pelaga

2 sudu besar bunga cengkih

2 sudu teh biji lada hitam

1 biji buah pala (parut halus dulu sampai habis)

1 sudu besar serbuk halia

4 helai daun salam yang dikeringkan (bay leaves)

(semua bahan ni dimasukkan ke dalam kisar kopi kering blender tu dan kisar sampai halus).

Bahan untuk Nasi Mandi:

Jika untuk makan bagi 3 orang guna 2 cawan beras basmathi dan 3 1/2 cawan air atau air stock ayam, tapi jika family besar dalam 8 orang, guna 6 cawan beras dan antara 7 1/2 cawan atau 8 cawan air. Kena pandai adjust...jangan sekali lebih air..nasi tak sedap nanti benyek.

2 sudu besar minyak sapi dan campur sikit dgn 1 sudu besar minyak masak

1 1/2 setengah biji bawang besar saiz besar - finely chopped

2 biji tomota saiz kecil buang biji dan jugak finely chopped

4 biji buah pelaga - tapi kali ni tak payah buang biji

6 kuntum bunga cengkih

12 biji lada hitam

*Air kalau 6 cawan beras guna dalam 7 1/2 atau 8 cawan air atau stok ayam tapi kalau 5 cawan beras guna dalam 6 1/2 atau 7 cawan air. In my case, kalau nak lebih ngam...air panas mendidih sediakan dulu kat tepi dan campurlah dua biji stok knor ayam atau stok ayam maggi siap-siap.

Cara membuatnya: Basuhlah beras bersih2 tapi make sure jgn over supaya beras tak patah dan bila masak nanti jadi panjang2 dan gebu. Kalau guna beras lain memang tak elok menjadi, jadi nak authentic guna beras basmathi. bila dah basuh sedang elok tu toskan dalam penapis sampai kering dalam 30- 45 minit. ketepikan.

2. Panaskan minyak + minyak sapi dalam periuk yang ada penutup. bila minyak panas masukkan dulu buah pelaga, bunga cengkih dan lada hitam dan tumis sampai naik sikit bau. bila bau naik sikit masukkan chopped onion tu dan goreng sampai layu warna kuning keemasan. bila sampai peringkat tu, masukkan beras dan balik-balikkan supaya minyak dan bahan tumisan rata dik beras. Nampaknya berasa dah mula gebu jernih sikit baru masukkan air mendidih yang sudah siap disukat atau air stok ayam.

3. Kacau elok jangan kasar-kasar takut beras patah...sedang baru sikit air susut dan beras nyerap air masukkan chopped tomato dan gaul serta adjust sikitlah dgn garam untuk rasa atau adjust siap2 masa buat air stok ayam sebelumnya. bila campur aje tomato cincang tuh teruslah adjust api supaya api kecil. tutuplah periuk rapat2...kalau boleh guna aluniminum foil tu kat atas periuk dan baru tutup dgn tudung periuk. biar masak atas api kecil dalam 20 minit...make sure jangan berkerak. rugi babe. bila dah siap taburlah sikit dgn daun ketumbar.

Cara membuat daging atau ayam panggang mandi:

Bagi keluarga yang besar dalam 7-8 ahli keluarga, gunalah ayam dalam 2 1/2 ekor atau 3 ekorlah sedang elok kot. Ayam tu keratlah 4...bersihkan dalam buang mana yang patut tapi jgn buang kulitnya. Toskan make sure ayam tak basah bila u apply the spices. Spices yang u dah kisar halus tu jgn habiskan semua. yang lebih simpan dalam botol kedap udara dan boleh guna 2-3 kali lagi. Bila u dah sapu spices tu pada ayam atau daging kambing berkenaan jgn lupa sapu dan tepek banyak-banyak minyak sapi atas sapuan spices tadi dan perap dalam 2-3 jam sebelum bakar dalam over lebih kurang 1-2 jam sampailah cik ayam masak atau daging kambing berkenaan sampailah masak (well done bukan jenis merah-merah ada darah lagi macam mat sallleh masak tuh)

Enak juga dimakan nasi mandi dengan kuah gulai arab....tu resepi lain atau makan je dgn yogurt (yogurt yang original bukan ada perasa straberry ke peach ke). he he he...yogurt tu campur dgn cincangan daun pudina, daun pasli, daun ketumbar, bawang besar, garam, serta perahan jus limau nipis atau lemon..

Tapi kalau my hubby dia akan suruh i buat air asam sambal belacan yang dibubuh hirisan nipis bawang besar serta tomato di dalamnya. Ini versi Melayu punya. Selamat mencuba....

Ayat 1,000 Dinar...

Makhumnya:

"Dan siapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong) dan (menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu,".

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan

4. Dan ketika dirasakan perlu

5. Kepada yang masih bujang dan berhajat ditemukan jodoh yang baik bagi diri dan baka keturunan....amalkanlah ayat ini setiap solat lima waktu dengan penuh keyakinan dan tawakal pada Allah SWT....(been there and done that) :p

On Surah al Waqiah...

Teringat pesanan arwah my granny and pesanan my mom. Bacalah surah al Waqiah setiap kali selepas solat subuh dan juga selepas solat maghrib. Jangan tinggal solat lima waktu, jangan lambat-lambatkan solat lima waktu. Bila membaca setiap bacaan ketika bersolat jangan berebut-rebut nak cepat habis dan janganlah tergopoh gapah mengerjakan solat sehingga tiada adab dengan Allah SWT tanpa sedikit wirid dan doa...

Fadhilat orang yang membaca dan mengamalkan Surah al- Waqiah pada sebelah malam tidak akan jatuh muflis, miskin dan fakir (itu janji serta sabda Rasullulah SAW) kepada umatnya. (Ibn Sunni 620)

Selain itu juga Baginda juga turut berpesan..."Surah al Waqiah adalah Surah untuk mendapat kekayaan dan kesenangan maka bacalah (dan amalkanlah) dan ajarlah kepada anak-anak mu," (Ibn Asakir)

By the way, please read more for further explanations bellow:

Surat Al-Waqia (Arabic: سورة الواقعة ) Al-Waqiah is an Arabic name that means Inevitable, Event or Revolution. It is the 56th Surah Quran, it was revealed in Mecca. The total number of verses in this surah are 96. Like with many other verses, Sura Al-Waqia also has benefits from recitation: Abdullah ibn Mas'ud reported that the Prophet (salAllahu alayhi wasalam) said, "Whoever recites surah al Waqiah at night would never encounter poverty" [Ibn as-Sunni 620, Bayhaqi] The Prophet Muhammad (salAllahu alayhi wasalam)also said: The Prophet said, "Surah al Waqiah is the Surah of Wealth, so recite it and teach it to your children" [Ibn Asakir]

Translation

1. When the Event(ie. the Day of Resurrection) befalls 2. And there can be no denial of its befalling 3. Bringing low (those who will enter hell) Exalting (those who will enter Paradise) 4. When the earth shall be shaken with terrible shaking, 5. And the mountains shall be crumbled powder 6. So that they become a scattered dust,

7. And you shall be sorted out into three groups 8. Then (as to) the companions of the right hand; how happy are the companions of the right hand! 9. And (as to) the companions of the left hand; how wretched are the companions of the left hand! 10. And those Foremost (in Faith) will be Foremost (in the Hereafter). 11. These will be those Nearest to Allah:

12. In gardens of delight; 13. A multitude of people from the first generations, 14. And a few from those of later times. 15. They will be on Thrones woven with gold and precious stones 16. Reclining on them, facing each other. 17. Immortal boys will go around them serving 18. With cups, and jugs, and a glass of flowing wine 19. Wherefrom they will get neither any aching of the head, nor any intoxication 20. And fruit that they prefer

21. And the flesh of fowls, any that they may desire. 22. And there will be fair females with wide, lovely eyes (as wives for the pious) 23. They are like preserved pearls 24. A reward for what they used to do. 25 They shall not hear therein vain and sinful talk 26. Only the saying, "Peace! Peace". 27. And the companions of the right hand; how happy are the companions of the right hand! 28. They will be among thornless Lote-trees 29. And banana-trees with fruits piled one above another. 30. And extended shade, 31. And water flowing constantly, 32. And abundant fruit, 33. Whose supply is not cut off (by change of season), nor are they out of reach 34. And exalted thrones. 35. We have created their spouses of special creation. 36. And made them virgins,

37. Loving, equal in age, 38. For those on the right hand; 39. A multitude of those of old

40. And a multitude of those of later times.

41. And the Companions of the Left Hand,- how unfortunate will be the Companions of the Left Hand? 42. They will be in the midst of a Fierce Blast of Fire and in Boiling Water, 43. And shadow of black smoke, 44. That shadow neither cool nor even pleasant 45. Verily before that, they indulged in luxury 46. And were persisting in great sin 47. And they used to say, "When we die and become dust and bones, shall we then indeed be resurrected?" 48. And also our forefathers? 49. Say: "Yes, those of old and those of later times, 50. All will surely be gathered together for an appointed meeting of a known day 51. Then moreover, verily you the erring ones, the deniers of Resurrection 52. You will verily eat of a tree called Zaqqum 53. Then you will fill your bellies therewith 54. And drink Boiling Water on top of it 55. You shall drink like diseased camels raging with thirst!

56. Such will be their entertainment on the Day of Resurrection

57. We have created you, why do you then not believe? 58. Then tell Me about the human semen that you emit 59. Is it you who create it, or are We the Creators? 60. We have decreed death to you all, and We are not outstripped 61. To transfigure you and create you in forms that you know not 62. And indeed, you have already known the first form of creation (i.e. the creation of Adam): when then do you not remember? 63. Then tell Me about the seed that you sow in the ground. 64. Is it you that make it grow, or are We the grower 65. Were it Our Will, We could crumble it to dry powder, and you would be left in wonderment, 66. (Saying): "We are indeed left with debts (for nothing): 67. "Nay! we are deprived." 68. Have you considered the water which you drink? 69. Is it you that send it down from the clouds, or are We the senders? 70. Were it Our Will, We could make it salt and undrinkable then why do you not give thanks? 71. Have you considered the fire which you kindle? 72. Is it you that produce the trees for it, or are We the producers? 73. We have made it a reminder and an advantage for the travellers of the desert. 74. Therefore glorify the name of your Lord, the Most Great. 75. So I swear by the setting of the stars 76. And verily that is indeed a great oath, if you but knew 77. Most surely this is an honored recitation (The Noble Quran) 78. In Book well-guarded, 79. None shall touch it but the purified ones. 80. A revelation from the Lord of the Universe 81. Is it this Statement that you deny? 82. And instead of thanking Allah for the provision he gives you, you deny Him!! 83. Then why do you not intervene when the soul of a dying person reaches the throat? 84. And you at the moment are looking on, 85. But We are nearer to him than you, and you see not 86. Then why do you not, if you are exempt from the reckoning and resurrection, 87. Bring back the soul to its body, if you are truthful 88. Then if the dying person be of those nearest to Allah 89. There is for him rest and provision and a Garden of Delights (Paradise) 90. And if he be of those of the Right Hand, 91. Then peace to him from those on the right hand. 92. But if he be a denier of the Resurrection. The erring 93. He shall have an entertainment of boiling water, 94. And burning in hell. 95. Verily, this is the Very Truth and Certainty.

96. So glorify the name of your Lord, the Most Great.

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.