Dalam keluh kesah hidup berjauhan daripada keluarga dan teman, kadang-kala kita lupa sebenarnya kita masih amat beruntung serta bernasib baik hidup sebagai orang dagang. Tapi biasalah adat manusia, kadang kala kita sering lupa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.
Baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan bercuti di luar negara. Sebelum menjejakkan kaki ke tanah Belanda itu, pelbagai perkara terlintas di benak fikiran. Betullah telahan saya, Belanda memang sebuah negara yang landai tetapi amat padat ...dan tentunya amat luar biasa.
Kota Amsterdam memang jujur. Itu pandangan sekali imbas saya pada kota penuh sejarah itu. Apa yang ada, itulah yang ditunjukkan. Tiada hipokrasi, tiada berselindung dan semuanya betuhankan ongkos semata-mata. Apa yang terlintas di fikiran dan imaginasi memang semuanya ada di sana. Pokoknya, tepuk dada tanya diri sendiri sama ada mampu atau sebaliknya.
Tiada yang percuma di Amsterdam dan segalanya mahal belaka. Barangan yang boleh saya dan keluarga dapat percuma di Britain kini semuanya perlu diurus dengan wang. Bayangkan untuk menjami selera tanpa was-was agak sukar melainkan jika anda berani mengambil risiko di restoran Indonesia.
Saya dan keluarga belum brutal, kami makan di kedai makan milik Arab Maghribi di Damn dan harga dua ketul daging panggang yang hnya tidak sampai 3 paun sterling di United Kingdom boleh mencecah lebih 12 pound sterling ( 13,99 Euro) di Amsterdam.
Red Light district di sana juga tidak terhad di kawasan tertentu saja, di mana saja mesti ada satu dua kedai yang menjual barangan seks secara terang-terangan begitu juga perkhidmatan seks pelbagai pilihan kepada yang berhajat; Jangan tanya mengenai penjualan ganja...semuanya berleluasa...syurga dan sarang kepada penagih.
Tapi di sebalik kebebasan bersosial dan kecenderungan pemerintah negara itu dalam mempersoalkan perkembangan pesat Islam di Belanda yang sukar dikekang dan disekat, kelihatan ramai juga di kalangan wanita Islam di sana tekad menjaga aurat mereka dengan masing-masing berhijab.
Ah....memang Amsterdam memang hebat. Subhanaullah!
Abortion and guns in 2024 spotlight
1 year ago
3 comments:
alhamdulillah samapai dah kak muna kat sana...akak..akak kena tag by my daughters..check it out at my blogs....
muna, terus menulis tentang negeri, budaya dan segala yang muna rasa perlu. sebab mungkin akan dpat membantu k.par menyiapkan cerita k.par...tq muna
Salam muna... last kita berkomunikasi, dlm xmc. Maybe u pn tak ingat dah..
But glad to find your blog.. Semoga u sekeluarga gembira di perantauan.
Salam ukhuwah. Keep in touch.
http://nikfauziah-muslimah.blogspot.com
Post a Comment