Nasi Lemak Larkin Garden
Untuk makan 4 orang (amboi banyaknya makan gergasi ke apa nih...lima dewasa dan seorang kanak-kanak)
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi - beras dibasuh dan dibersihkan dengan beberapa bilasan dan tos kering serta ketepikan.
5 1/2 hingga 6 cawan santan jangan terlalu pekat (bergantung kepada jenis serap beras)
2 inci halia dihiris nipis batang mancis
2 batang serai dititik
4 hingga 5 ulas bawang merah dimayang nipis
sehelai dua daun pandan disimpul
1/2 sudu kecil halba
3/4 sudu kecil garam
Cara membuatnya: Masukkan santan, daun pandan, halia, hirisan bawang merah, garam serta halba di dalam periuk dan masaklah di atas api sederhana kecil sehingga harum dan hampir mendidih. Tujuan dilakukan penyediaan sebegini bagi memastikan santan masak dahulu dan segala bahan tadi mesra jadi tidak mudah basi. Selepas hampir mendidih masukkan beras. Kacau sekali dua dan tunggu hampir kering. Terus tutup periuk rapat-rapat kecilkan api dan tanaklah nasi dengan api kecil lebih kurang 20 minit sehingga betul-betul kering.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment