Salam Maal Hijrah and Happy New Year. Welcome 2009!
Itulah ungkapan yang sering kita terima dan kita sendiri mungkin ucapkan setiap kali datangnya tahun baru. Apa tahap keseronokan yang saya dapat capai dan harapan saya bagi tahun ini apabila ribuan rakyat Palestin di Gaza kini sedang berhempas pulas bersabung nyawa atau jika bernasib baik sempat lari menyembunyikan diri dari kekejaman askar Rejim Zionis..
Wajarkah dalam keseronokan saya sambil ketawa riang dalam dakapan orang tersayang melupakan seketika kesengsaraan saudara Islam saya di bumi Palestin yang kini jelas dihimpit kesengsaraan yang tidak ada tanda-tanda akan berakhir.
Wajarkah saya memboikot semua barangan keluaran Yahudi dan sekutunya Amerika Syarikat jika usaha pemboikotan itu berlangsung secara hangat-hangat tahi ayam dan akhirnya berhenti mati begitu saja. Atau paling tidak, hebatkah saya sebagai pemimpin jika saya mengaturkan satu demonstrasi mengutuk kekejaman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin?
Saya puas bertengkar dan bercakap dan bertukar fikiran dengan seorang teman lama yang begitu lantang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap keganasan yang berlaku itu namun yang jelas apa yang diperkatakan oleh teman lama saya itu tidak sedikit mengurangkan kegusaran di hati.
Saya teringat sabda Rasullullah SAW...makhumnya, Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan saya, tapi saya percaya percaturan dalam hidup saudara kita di Palestin ini tidak sebegini jika mereka memilih Parti Al Fatah...
Itu isu lain, tapi pada masa yang sama Hamas yang menang pilihanraya dan kini menjadi kerajaan bagi Palestin perlu menunjukkan komitmen sebenar dalam menjadi kerajaan yang bertanggungjawab. Jangan jadikan rakyat Palestin sebagai perisai manusia mereka dan jangan gunakan sekolah serta masjid sebagai tempat persembunyian dan tempat melakukan serangan sasar!!!!
Terlalu lama mereka bermusuhan dan tidak ada jalan lain untuk menghentikan permusuhan dan pembunuhan ini selain perdamaian. Usaha perdamaian perlu dilaksanakan secepat mungkin antara kedua-dua pihak dengan apa cara sekali pun. Ia perlu dilaksanakan secepat mungkin sebelum Gaza menjadi Padang Jarak Padang Tekukur...
Salam. Itulah kawan-kawan, itulah tajuk perbincangan kita hari ini, Nampaknya lama juga kita tak bersembang. Tak boleh dielakkan, banyak sangat aktiviti harian yang kena saya buat di Little West Yorkshire ni. Pagi-pagi dah bersilat untuk siapkan anak ke sekolah, lepas tu siapkan dia for breakfast and another 5 minutes untuk drill Fawwaz dengan key words and reading materials.
Tapi pelikkan bila ada yang kurang ajar menuduh jadi suri rumah sepenuh masa ni tak mendatangkan hasil dan duduk rumah 24 jam goyang kaki. Meh sini, siapa yang berani cakap tu, kasi flying kick kat muka baru tau.
As a full time home maker, u cant afford to be lazy and relax 24 hours after all ur main priority living in UK is to be the supportive staff to ur family aka to ur spouse. Tapi bila bercakap tentang tanggungjawab sebagai isteri dan suami ni, aku kesian betul lah bila tengok orang dungu yang dangkal yang tak faham (kadang-kadang bukan tak faham tapi sengaja buat tak faham) tentang tanggungjawab diri.
As for me since the other better of me yang sambung belajar, semua urusan serta tanggungjawab menjaga anak dan rumah tangga memang jatuh dekat bahu aku dan aku redha dengan apa yang ditakdirkan. Biasalah, mula2 dulu memang ada sikit cultural shock tapi sekarang, no hal lah.
Tapi bila tengok nasib kekawan lain, nak jurai air mata pun ada, nak gelak pecah perut pun ada dan nak terajang kepala pun ada gak. Macam my hubby, dia kira tak pecah kepala lah sebab moi as the misstress of the house dah pegang kongsi tapi yang kita kesian tengok kekawan perempuan yang ambil PhD.
Kesian sebab dia yang belajar, dia gak jaga anak, dia gak masak, dia gak....jaga dan bersih rumah. Alamak! Kalau macam nih, bila masa nak belajar dik ooooi. Abis cik abang yang ada dua tongol biji telur dan seekor burung tu nak buat apa tuuuuhhh...
"Tak boleh kak, orang lelaki ni susah sikit, kalau dia tak kerja nanti ego dia dentet. Kepala hotak kau...siapa ajar. masa belajar kat luar negeri nilah kita as husband and wife kena belajar konsep BERKORBAN. Tau kan ejaan berkorban tu senang tapi nak melaksanakan pengorbanan tu bukan calang2 dan bukan senang. Kadang2 yang misai dan janggut sampai ke pusat, kopiah lilit kat kepala dan diri luaran macam ala2 ustaz ni pun bila nak berkorban untuk isteri dan boleh tiba-tiba lupa konsep berkorban tu.....
Belajar dan sambung PhD ni bukan senang, duit sponsorship yang kita dapat bukan duit kita dan bukan duit kerajaan tetapi duit rakyat. Dan kita yang di bahu digalaskan dengan tanggungjawab sebagai student, nawaitu dia adalah Belajar kerana Allah dan seikhlas yang mungkin dan PASTIKAN PENGAJIAN PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH kita berjaya.
So kawan2, cik abang-cik abang yang ada ni, jangan asyik nak berlumba siapa yang banyak kumpul duit kerja kat sini sebab isteri awak masing-masing pun datang sini bukan untuk mudahkan awak tapi isteri anda di sini untuk mengaji PhD.
Belajar-belajarlah untuk berkorban untuk isteri dan bukan kita saja pandai kata apa tanggungjawab isteri. Sesungguhnya Allah SWT itu MAHA ADIL, MAHA MENGETAHUI APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT LAGI MAHA PENGASIHANI.
Selalunya aku tak suka bercerita mengenai teman dan taulan di Malaysia kerana hidup aku kini lebih berkisar kepada kehidupan aku dan keluarga di Little West Yorkshire. Baru-baru ini seorang teman lama berjaya menghubungi aku melalui email dan mencadangkan supaya menggunakan Facebook untuk kami berinteraksi.
Pada awalnya aku malas (bukan malas tapi sebenarnya tak mahir dalam hal IT dan komputer ni) tapi lama kelamaan timbul rasa seronok malah tiap hari aku akan pasti mengunjungi layar fb. Tapi dalam keseronokan berhubung dengan rakan-rakan lama baik, banyak juga yang tak menyeronokkan. Tak seronok kerana pelbagai khabar sedih mengenai ramainya di kalangan teman lama sudah bercerai berai.
Biasalah bila aku tanya kawan-kawan kenapa terjadinya begitu, ringan dan mudah mulut masing-masing berkata; "dah takda jodoh. biasalah adat dunia...dah lumrah hidup,". tapi sebagai seorang insan, isteri dan seorang ibu, perasaan aku cukup tertekan dan meluap-luap bila mendengar pandangan sinis sebegitu.
Hidup sebagai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga sebenarnya bukan satu ikatan sementara bersifat luaran atau superficial. Aku melihat perkahwinan sebagai satu hubungan yang amat kompleks tetapi ganjaran yang kita dapat daripada hubungan itu amat besar.
Pada aku, perkahwinan itu satu cubaan menubuhkan sebuah syarikat atau perniagaan. Macam orang lain bila tubuh syarikat, kita akan invest masa, tenaga, harapan dan pada masa yang sama berani mengambil risiko dalam membuat keputusan. CEO dan Pengerusi syarikat yang hebat bukannya individu yang gah buat syarikat tapi syarikat bungkus dalam masa setahun dua. CEO yang hebat adalah individu yang dapat mengekalkan prestasinya sehingga ke beberapa generasi akan datang dengan pulangan yang hebat kepada setiap anak buahnya.
Agama....no, Islam sendiri melihat perkahwinan itu sebagai institusi yang membawa matlamat kepada kesejahteraan hidup. di mana si suami dan isteri sebenarnya saling melengkapi. sebab itu bila aku mula melangkah masuk ke gerbang perkahwinan satu ketika dulu (dalam usia yang tidak begitu muda) aku melihat institusi itu dengan mata terbuka dan setiap langkah yang aku ikuti dibuat dengan sepenuh hati.
For someone who is still in this institution...i strongly believe that marriage will bring balances and sanity in our lives. Main reason kenapa satu-satu perkahwinan itu masih 'hidup' kerana wujudkan interaksi dan komunikasi antara dua pasangan yang ada dalam institusi itu. aku tak nak komen kalau jika ada lebih tiga atau empat....tu sendiri cari penyakit.
For heaven sake...if you can have a child or children with that person dan u decided to share the rest of your lives with that person...dangkal dan kasihanlah jika anda gagal berinteraksi dengan pasangan anda.
Am I asking too much from this life?
Bukan senang nak jadi mak bapak. Sekadar 'menabur benih' dan sekadar melahirkan lepas tu campak kat tepi longkang atau depan pintu masjid....hhmmmm mana-mana bapak anjing dan ibu kucingpun boleh buat. tapi hakikatnya, ramai yang dah jadi bapak anjing dan ibu kucing dalam era akhir zaman ini.
Sedih, tapi itulah hakikatnya yang terjadi dalam masyarakat kita. Sepatah kata seorang kawan, sekarang ni kepimpinan melalui teladan. Kita sebenarnya bersalah kerana membenar malah mempraktiskan apa yang kita lihat melalui tindak tanduk orang yang disekeliling kita termasuklah idola, ibu dan bapa kita tapi paling menjijikkan pemimpin kita di kalangan Yang Berhormat.
Kenapa saya kata, 'kita' kerana kita sebenarnya yang membenarkan fenomena yang cukup membusuk serta meloyakan seperti mengandung anak luar nikah; curang di kalangan pasangan, penyalahgunaan dadah; bunuh membunuh, merogol, merompak malah 1,001 kepincangan masyarakat yang kini berleluasa terjadi.
Terjadi semua ini kerana jatuhnya jati diri dan moral seorang insan dan hilangnya kepentingan institusi keagamaan dan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita. Semua kini yang ada adalah berlandaskan semata-mata on materialistik dan kebendaan. memang mudah menuding jari kepada dua faktor ini tetapi hakikatnya itulah yang terjadi berulang-ulang.
Paling meloyakan bila melihat orang biasa - ya orang biasa seperti saya, I, aku, gua - awak, you, engkau, lu...sekarang ini berlumba-lumba mendambarkan lifestyle ala-ala artis dan movie star. Ntah apa yang seronok sangat dengan tarikan imej serta pesona glamour tu, saya sendiripun memang sampai sekarang tak faham.
Malah perbualan yang dibincangkan sangat dangkal dan cetek - tidak berkisar mengenai apa yang sepatutnya dikhabarkan seperti kegawatan ekonomi di US dan Eropah atau paling tidak bertanya ikhlas mengenai khabar kawan dan taulan; sebaliknya lebih kepada kisah getik gedik artis bercerai berai, siapa terkeluar dari X-Factor paling tidak AF, siapa dapat berlakon ni...dan of course kehebatan diri masing-masing.
Pada aku ini semua mendambarkan kekosongan jiwa yang amat nyata. Aku sebenarnya cukup kasihan melihat spesies seperti ini. Jiwa-jiwa kosong seperti ini sebenarnya tercari-cari apa yang boleh menjadi escapism dalam diri mereka. Dalam mencapai kebahagian diri, tidak ada orang yang lebih arif selain diri sendiri. Kita tentukan kebagiaan diri sendiri dan bukan 'benda' atau orang lain.
I dont know what is happening in Malaysia dari segi perspektif ekonomi sebab semua headline surat khabar perdana macam ala-ala in denial. Sibuk cerita mengenai kisah politik serta artis (rasa bosan dan mual gila) but obviously in UK currently everybody is panicking because many people are affected by this economic downturn. Ramai akan dan sudah kehilangan kerja pun. Bukannya sikit malah berpuluh ribu kerja dan jawatan terpaksa dikosongkan. Kegawatan ekonomi juga sudah mula di Jerman dan meresap di EU, malah lebih 1.2 juta orang di US sudahpun kehilangan kerja sepanjang tahun ini. I bet the crime rate akan naik mencanak macam roket..lepas ni.
Wake up my friends. Takda masa dah nak sibuk cerita kisah artis dan tarik grand piano masing-masing. Banyak berdoa supaya kita tidak ditimpa musibah. Just jaga diri, jaga keluarga supaya kita tidak termasuk dalam statistik yan menjadi mangsa keadaan atas kesilapan dan kealpaan sendiri.
Dua rakan baik saya masing-masing dalam dua peringkat umur yang berbeza pada masa yang sama menghadapi saat paling getir dalam hidup mereka. Patah hati dan kecewa. Kasihan...tapi sebagai manusia yang lemah dan selalu melakukan kesilapan, bila terjadinya musibbah itu, kita perlu teguhkan semangat, cekalkan hati dan bangun dari kejatuhan itu.
Tidak ada insan yang sentiasa cekal hati sepanjang masa. Tidak ada insan yang tidak pernah kecewa dan putus asa. Tapi saya percaya, insan yang paling hebat adalah insan yang bangun semula daripada kejatuhannnya. Bangun dan cuba meneruskan hidupnya seperti biasa dan paling hebat berani mengambil keputusan untuk memperbetulkan keadaan di mana dia berasa kecewa dan tidak selesa.
Sebagai seorang wanita, sebagai seorang adik dan sebagai seorang kakak...hanya doa dapat saya panjangkan kepada dua insan teristimewa ini. Bangun dari kejatuhan dan kesilapan dan pastikan kesilapan yang sama tidak berulang dan berulang dan berulang lagi....
assalamualaikum,
how are you amigos. fawwaz now is sitting on my lap while I am struggling to type this blog. things are getting better now despite the whether are getting chiller and colder. did you guys remember my earlier writing when i mentioned about some of our malaysian quarters who liked or maybe unintentionally confused (in their eagerness ) to help another of their own countrymen. i am yet to enlighten you another classic example.
onother reason why me and my spouse try to avoid to do here is giving tips and advices to other new malaysian families who just arrived in uk - buying a car. beli kereta ni bukan perkara yang mudah kerana silap perhitungan bukan membawa untung tapi bawak bahana pada diri sendiri. you only buy a car when you are really-really ready. sebab kalau salah beli...rugi.
memang kereta murah kat uk. you can get around 300-400 pound sterling tapi murah tak semestinya mudah. kena buat budget and in this little west yorkshire punya kes, perangai 'kipas' yg ada kat sini sebiji macam orang malaysia. nak jual barang mesti mahal dan nak untung. tapi beli kereta mahal pun tak semestinya elok sebab semua bergantung pada nasib.
Jangan sebab kita kena usya dengan kawan suruh beli kereta kitapun terpedaya. yang akhirnya kita juga kena tahu apa yang kita buat sebab yang tanggung akibatnya kita laki bini nanti. kena firm dan tegas...sebab yang buat suggestion pada kita takkan bayar kos baiki kereta bila kereta kereta kita buat hal nanti. ingat tu...kawan.
so, kalau nasib you tak baik...banyaklah bersabar sebab kena tersedu (hiccups) ni biasa...especially bila kita baru kat uk. so berbalik pada kes beli kereta tu, bila beli kena periksa kereta tu elok ke tidak, kereta potong ke atau kereta asal. once beli nak mengundur tak boleh buat lagi. tanya pada yang betul-betul arif sebab as i said before, kat sini pandainya kurang tapi yang memandai-mandailah yang ramai.
sini juga ramai yang suka menyebok dari yang betul-betul ingin membantu. salah-salah hemat, sokong membawa rebah. jadi berhati-hati kawan...sebab kadang-kadang kawan akhirnya boleh jadi lawan.
hello friend...
how are you my friend? moi? I'm fine thank you. yeah...i notice too, cuaca makin lama makin sejuk dan hatipun semakin murung. memang semonyel namanya. angin badan ikut cuaca... kalau cuaca terang dan cerah obviously many will be churppy and happy tapi kalau memanjang je cuaca somber, murung, gelap dan berangin...memang beranginlah juga badan dan kepala.
Let me share with you one good news. we are now having two new families from malaysia to stay in little west yorkshire. so welcome you guys to LITTLE WEST YORSHIRE!!!! Infact, me and family were having great times during Eid Mubarak. Raya hari tu meriah gila, dan sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 10 dalam bulan Syawal. Seronok juga masa rasa hari tu, buat dekk...je lepas tu lama-lama rasa rindu dendam kat famili di Malaysia pun kuranglah walaupun tak hilang.
Anyway and anyhow, I got one bad news from a dear friend from back home. she's rock bottom at the moment. tapi relaxlah..this is just one of the thing yang berlaku dalam hidup. you'll live sis and definately you will move on with your life.
tapi dalam apa juga kehidupan kita, jangan lupa solat dan banyak baca quran bila ada kelapangan. bila rasa bosan dan depress mendatang menggila-gila...jangan ikut perasaan. lawan dan banyak beristighfar. tulah, the best remedy yang kita boleh buat kalau depress dan bila angin satu badan kencang kat kepala. so ...be positive dan jangan mudah putus asa.
Kadang-kadang kita kena tengok sekeliling kita, dan sedarkan diri yang apa yang berlaku pada diri tak seteruk yang kita sangka. sedih-sedih kita, kita masih ada adik beradik dan mak bapak. sedih-sedih dan depress kita, kita masih boleh makan dan berkemampuan membeli apa yang kita hajatkan.
Allah SWT sangat sayangkan hambanya yang tidak berputus asa dan tidak lupa meminta doa daripada-NYA. So my friend, if you start feeling down, really down to rock bottom, you actually know what to do. Just pray and keep on praying to HIM. Allah SWT itu amat mendengar, maha pemurah, maha pengasihani dan maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.