Tuesday 23 December 2008

Tanggungjawab pasangan

Salam. Itulah kawan-kawan, itulah tajuk perbincangan kita hari ini, Nampaknya lama juga kita tak bersembang. Tak boleh dielakkan, banyak sangat aktiviti harian yang kena saya buat di Little West Yorkshire ni. Pagi-pagi dah bersilat untuk siapkan anak ke sekolah, lepas tu siapkan dia for breakfast and another 5 minutes untuk drill Fawwaz dengan key words and reading materials.
Tapi pelikkan bila ada yang kurang ajar menuduh jadi suri rumah sepenuh masa ni tak mendatangkan hasil dan duduk rumah 24 jam goyang kaki. Meh sini, siapa yang berani cakap tu, kasi flying kick kat muka baru tau.
As a full time home maker, u cant afford to be lazy and relax 24 hours after all ur main priority living in UK is to be the supportive staff to ur family aka to ur spouse. Tapi bila bercakap tentang tanggungjawab sebagai isteri dan suami ni, aku kesian betul lah bila tengok orang dungu yang dangkal yang tak faham (kadang-kadang bukan tak faham tapi sengaja buat tak faham) tentang tanggungjawab diri.
As for me since the other better of me yang sambung belajar, semua urusan serta tanggungjawab menjaga anak dan rumah tangga memang jatuh dekat bahu aku dan aku redha dengan apa yang ditakdirkan. Biasalah, mula2 dulu memang ada sikit cultural shock tapi sekarang, no hal lah.
Tapi bila tengok nasib kekawan lain, nak jurai air mata pun ada, nak gelak pecah perut pun ada dan nak terajang kepala pun ada gak. Macam my hubby, dia kira tak pecah kepala lah sebab moi as the misstress of the house dah pegang kongsi tapi yang kita kesian tengok kekawan perempuan yang ambil PhD.
Kesian sebab dia yang belajar, dia gak jaga anak, dia gak masak, dia gak....jaga dan bersih rumah. Alamak! Kalau macam nih, bila masa nak belajar dik ooooi. Abis cik abang yang ada dua tongol biji telur dan seekor burung tu nak buat apa tuuuuhhh...
"Tak boleh kak, orang lelaki ni susah sikit, kalau dia tak kerja nanti ego dia dentet. Kepala hotak kau...siapa ajar. masa belajar kat luar negeri nilah kita as husband and wife kena belajar konsep BERKORBAN. Tau kan ejaan berkorban tu senang tapi nak melaksanakan pengorbanan tu bukan calang2 dan bukan senang. Kadang2 yang misai dan janggut sampai ke pusat, kopiah lilit kat kepala dan diri luaran macam ala2 ustaz ni pun bila nak berkorban untuk isteri dan boleh tiba-tiba lupa konsep berkorban tu.....
Belajar dan sambung PhD ni bukan senang, duit sponsorship yang kita dapat bukan duit kita dan bukan duit kerajaan tetapi duit rakyat. Dan kita yang di bahu digalaskan dengan tanggungjawab sebagai student, nawaitu dia adalah Belajar kerana Allah dan seikhlas yang mungkin dan PASTIKAN PENGAJIAN PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH kita berjaya.
So kawan2, cik abang-cik abang yang ada ni, jangan asyik nak berlumba siapa yang banyak kumpul duit kerja kat sini sebab isteri awak masing-masing pun datang sini bukan untuk mudahkan awak tapi isteri anda di sini untuk mengaji PhD.
Belajar-belajarlah untuk berkorban untuk isteri dan bukan kita saja pandai kata apa tanggungjawab isteri. Sesungguhnya Allah SWT itu MAHA ADIL, MAHA MENGETAHUI APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT LAGI MAHA PENGASIHANI.



About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.