Wednesday, 28 January 2009


Salam friends, my cousin sister, Fatimah is becoming such a mature and a wise woman. I really love what she wrote on my facebook wall the other day. Read these....

"Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny,".


Tuesday, 20 January 2009

Time to move on....


Berapa ramai di kalangan kita yang betul-betul berani melepaskan 'barangan' milik kegemaran kita bila masanya sudah tiba untuk berbuat demikian.

'Barangan' yang saya maksudkan bukan membawa maksud material items such as pakaian, kasut, buku atau kereta, tetapi ia lebih kepada sentimental items yang menjadi sebahagian besar daripada kehidupan dan tentunya kenangan dalam hidup kita.

These so call sentimental items can be our friendship with friends, relationship with in-laws or out-laws...ikatan perkahwinan, ikatan persaudaraan dan ikatan kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak yang pelbagai-bagai peringkat usia yang berbeza.

Baru-baru ini, saya seperti dikejutkan daripada lamunan, apabila anak tunggal saya mengambil keputusan untuk tidur berasingan. Fawwaz baru mencecah usia 4 tahun 6 bulan pada 16 Januari lalu. Sedangkan saya sebenarnya belum bersedia 'melepaskan' dia dalam usia semuda itu.

Paling mengejutkan apabila keputusan berkenaan dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada saya. Seingat saya, sejak saya diberi peluang untuk 'bersama kembali' dengan Fawwaz apabila saya dibenarkan untuk berpindah ke Alor Setar, Kedah pada 25 Disember 2005, saya tidak pernah berenggang tidur dengan Fawwaz.

Saya dan suami sebelum ini juga sering membincangkan kebarangkalian 'memindahkan' Fawwaz ke bilik tidurnya sendiri bila tiba masa yang sesuai, namun apabila ia berlaku, saya adalah orang yang paling terkejut. Yang empunya diri membuat keputusan berkenaan tanpa dipaksa-paksa, malah lebih awal daripada tempoh yang dijangka.

It just happened like that. It happended three day ago while Afifi was in mid of tranferring the VCD and the video player plus the TV set to the next room (of course with Fawwaz's help) and suddenly Fawwaz said that he wanted to have his own room and he was ready to sleep on his own bed - alone. And that night, we slept seperately in different beds and bedrooms for the very first time after more than 37 months sleeping together.

Saya terbungkam. Semalaman saya tidak boleh lena dan setiap 45 minit, saya akan ke toilet (alasan sebab toilet sebenarnya just next to Fawwaz's room) just to make sure everything is ok. Memang dia ok, tiada lagi igauan dan tangisan malam. Fawwaz tidur lena selena-lenanya sehingga keesokan pagi.

The bond between a mother and her son will always exist eternally...that is something that I am very sure between me and Fawwaz, insyaAllah. Tetapi on my selfish thoughts, I was bitter bcoz he didn't discussed his decision with me.

I thought being very close to him all the time, he would dicsuss that matter with me, his Mummy. Instead, he decided to refered that matter to my hubby - his Daddy. Then, I realised there are times when a son needs his Father to deal on certain issues in his life. It is time for me to move on...


Wednesday, 7 January 2009

Happy New Year...or Sad New Year?

Salam Maal Hijrah and Happy New Year. Welcome 2009!

Itulah ungkapan yang sering kita terima dan kita sendiri mungkin ucapkan setiap kali datangnya tahun baru. Apa tahap keseronokan yang saya dapat capai dan harapan saya bagi tahun ini apabila ribuan rakyat Palestin di Gaza kini sedang berhempas pulas bersabung nyawa atau jika bernasib baik sempat lari menyembunyikan diri dari kekejaman askar Rejim Zionis..

Wajarkah dalam keseronokan saya sambil ketawa riang dalam dakapan orang tersayang melupakan seketika kesengsaraan saudara Islam saya di bumi Palestin yang kini jelas dihimpit kesengsaraan yang tidak ada tanda-tanda akan berakhir.

Wajarkah saya memboikot semua barangan keluaran Yahudi dan sekutunya Amerika Syarikat jika usaha pemboikotan itu berlangsung secara hangat-hangat tahi ayam dan akhirnya berhenti mati begitu saja. Atau paling tidak, hebatkah saya sebagai pemimpin jika saya mengaturkan satu demonstrasi mengutuk kekejaman Rejim Zionis terhadap rakyat Palestin?

Saya puas bertengkar dan bercakap dan bertukar fikiran dengan seorang teman lama yang begitu lantang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap keganasan yang berlaku itu namun yang jelas apa yang diperkatakan oleh teman lama saya itu tidak sedikit mengurangkan kegusaran di hati.

Saya teringat sabda Rasullullah SAW...makhumnya, Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan saya, tapi saya percaya percaturan dalam hidup saudara kita di Palestin ini tidak sebegini jika mereka memilih Parti Al Fatah...

Itu isu lain, tapi pada masa yang sama Hamas yang menang pilihanraya dan kini menjadi kerajaan bagi Palestin perlu menunjukkan komitmen sebenar dalam menjadi kerajaan yang bertanggungjawab. Jangan jadikan rakyat Palestin sebagai perisai manusia mereka dan jangan gunakan sekolah serta masjid sebagai tempat persembunyian dan tempat melakukan serangan sasar!!!!

Terlalu lama mereka bermusuhan dan tidak ada jalan lain untuk menghentikan permusuhan dan pembunuhan ini selain perdamaian. Usaha perdamaian perlu dilaksanakan secepat mungkin antara kedua-dua pihak dengan apa cara sekali pun. Ia perlu dilaksanakan secepat mungkin sebelum Gaza menjadi Padang Jarak Padang Tekukur...





Tuesday, 23 December 2008

Tanggungjawab pasangan

Salam. Itulah kawan-kawan, itulah tajuk perbincangan kita hari ini, Nampaknya lama juga kita tak bersembang. Tak boleh dielakkan, banyak sangat aktiviti harian yang kena saya buat di Little West Yorkshire ni. Pagi-pagi dah bersilat untuk siapkan anak ke sekolah, lepas tu siapkan dia for breakfast and another 5 minutes untuk drill Fawwaz dengan key words and reading materials.
Tapi pelikkan bila ada yang kurang ajar menuduh jadi suri rumah sepenuh masa ni tak mendatangkan hasil dan duduk rumah 24 jam goyang kaki. Meh sini, siapa yang berani cakap tu, kasi flying kick kat muka baru tau.
As a full time home maker, u cant afford to be lazy and relax 24 hours after all ur main priority living in UK is to be the supportive staff to ur family aka to ur spouse. Tapi bila bercakap tentang tanggungjawab sebagai isteri dan suami ni, aku kesian betul lah bila tengok orang dungu yang dangkal yang tak faham (kadang-kadang bukan tak faham tapi sengaja buat tak faham) tentang tanggungjawab diri.
As for me since the other better of me yang sambung belajar, semua urusan serta tanggungjawab menjaga anak dan rumah tangga memang jatuh dekat bahu aku dan aku redha dengan apa yang ditakdirkan. Biasalah, mula2 dulu memang ada sikit cultural shock tapi sekarang, no hal lah.
Tapi bila tengok nasib kekawan lain, nak jurai air mata pun ada, nak gelak pecah perut pun ada dan nak terajang kepala pun ada gak. Macam my hubby, dia kira tak pecah kepala lah sebab moi as the misstress of the house dah pegang kongsi tapi yang kita kesian tengok kekawan perempuan yang ambil PhD.
Kesian sebab dia yang belajar, dia gak jaga anak, dia gak masak, dia gak....jaga dan bersih rumah. Alamak! Kalau macam nih, bila masa nak belajar dik ooooi. Abis cik abang yang ada dua tongol biji telur dan seekor burung tu nak buat apa tuuuuhhh...
"Tak boleh kak, orang lelaki ni susah sikit, kalau dia tak kerja nanti ego dia dentet. Kepala hotak kau...siapa ajar. masa belajar kat luar negeri nilah kita as husband and wife kena belajar konsep BERKORBAN. Tau kan ejaan berkorban tu senang tapi nak melaksanakan pengorbanan tu bukan calang2 dan bukan senang. Kadang2 yang misai dan janggut sampai ke pusat, kopiah lilit kat kepala dan diri luaran macam ala2 ustaz ni pun bila nak berkorban untuk isteri dan boleh tiba-tiba lupa konsep berkorban tu.....
Belajar dan sambung PhD ni bukan senang, duit sponsorship yang kita dapat bukan duit kita dan bukan duit kerajaan tetapi duit rakyat. Dan kita yang di bahu digalaskan dengan tanggungjawab sebagai student, nawaitu dia adalah Belajar kerana Allah dan seikhlas yang mungkin dan PASTIKAN PENGAJIAN PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH kita berjaya.
So kawan2, cik abang-cik abang yang ada ni, jangan asyik nak berlumba siapa yang banyak kumpul duit kerja kat sini sebab isteri awak masing-masing pun datang sini bukan untuk mudahkan awak tapi isteri anda di sini untuk mengaji PhD.
Belajar-belajarlah untuk berkorban untuk isteri dan bukan kita saja pandai kata apa tanggungjawab isteri. Sesungguhnya Allah SWT itu MAHA ADIL, MAHA MENGETAHUI APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT LAGI MAHA PENGASIHANI.



Wednesday, 19 November 2008


Selalunya aku tak suka bercerita mengenai teman dan taulan di Malaysia kerana hidup aku kini lebih berkisar kepada kehidupan aku dan keluarga di Little West Yorkshire. Baru-baru ini seorang teman lama berjaya menghubungi aku melalui email dan mencadangkan supaya menggunakan Facebook untuk kami berinteraksi.
Pada awalnya aku malas (bukan malas tapi sebenarnya tak mahir dalam hal IT dan komputer ni) tapi lama kelamaan timbul rasa seronok malah tiap hari aku akan pasti mengunjungi layar fb. Tapi dalam keseronokan berhubung dengan rakan-rakan lama baik, banyak juga yang tak menyeronokkan. Tak seronok kerana pelbagai khabar sedih mengenai ramainya di kalangan teman lama sudah bercerai berai.
Biasalah bila aku tanya kawan-kawan kenapa terjadinya begitu, ringan dan mudah mulut masing-masing berkata; "dah takda jodoh. biasalah adat dunia...dah lumrah hidup,". tapi sebagai seorang insan, isteri dan seorang ibu, perasaan aku cukup tertekan dan meluap-luap bila mendengar pandangan sinis sebegitu.
Hidup sebagai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga sebenarnya bukan satu ikatan sementara bersifat luaran atau superficial. Aku melihat perkahwinan sebagai satu hubungan yang amat kompleks tetapi ganjaran yang kita dapat daripada hubungan itu amat besar.
Pada aku, perkahwinan itu satu cubaan menubuhkan sebuah syarikat atau perniagaan. Macam orang lain bila tubuh syarikat, kita akan invest masa, tenaga, harapan dan pada masa yang sama berani mengambil risiko dalam membuat keputusan. CEO dan Pengerusi syarikat yang hebat bukannya individu yang gah buat syarikat tapi syarikat bungkus dalam masa setahun dua. CEO yang hebat adalah individu yang dapat mengekalkan prestasinya sehingga ke beberapa generasi akan datang dengan pulangan yang hebat kepada setiap anak buahnya.
Agama....no, Islam sendiri melihat perkahwinan itu sebagai institusi yang membawa matlamat kepada kesejahteraan hidup. di mana si suami dan isteri sebenarnya saling melengkapi. sebab itu bila aku mula melangkah masuk ke gerbang perkahwinan satu ketika dulu (dalam usia yang tidak begitu muda) aku melihat institusi itu dengan mata terbuka dan setiap langkah yang aku ikuti dibuat dengan sepenuh hati.
For someone who is still in this institution...i strongly believe that marriage will bring balances and sanity in our lives. Main reason kenapa satu-satu perkahwinan itu masih 'hidup' kerana wujudkan interaksi dan komunikasi antara dua pasangan yang ada dalam institusi itu. aku tak nak komen kalau jika ada lebih tiga atau empat....tu sendiri cari penyakit.
For heaven sake...if you can have a child or children with that person dan u decided to share the rest of your lives with that person...dangkal dan kasihanlah jika anda gagal berinteraksi dengan pasangan anda.
Am I asking too much from this life?

Friday, 14 November 2008

risau jadi mak bapak....

Bukan senang nak jadi mak bapak. Sekadar 'menabur benih' dan sekadar melahirkan lepas tu campak kat tepi longkang atau depan pintu masjid....hhmmmm mana-mana bapak anjing dan ibu kucingpun boleh buat. tapi hakikatnya, ramai yang dah jadi bapak anjing dan ibu kucing dalam era akhir zaman ini.
Sedih, tapi itulah hakikatnya yang terjadi dalam masyarakat kita. Sepatah kata seorang kawan, sekarang ni kepimpinan melalui teladan. Kita sebenarnya bersalah kerana membenar malah mempraktiskan apa yang kita lihat melalui tindak tanduk orang yang disekeliling kita termasuklah idola, ibu dan bapa kita tapi paling menjijikkan pemimpin kita di kalangan Yang Berhormat.
Kenapa saya kata, 'kita' kerana kita sebenarnya yang membenarkan fenomena yang cukup membusuk serta meloyakan seperti mengandung anak luar nikah; curang di kalangan pasangan, penyalahgunaan dadah; bunuh membunuh, merogol, merompak malah 1,001 kepincangan masyarakat yang kini berleluasa terjadi.
Terjadi semua ini kerana jatuhnya jati diri dan moral seorang insan dan hilangnya kepentingan institusi keagamaan dan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita. Semua kini yang ada adalah berlandaskan semata-mata on materialistik dan kebendaan. memang mudah menuding jari kepada dua faktor ini tetapi hakikatnya itulah yang terjadi berulang-ulang.
Paling meloyakan bila melihat orang biasa - ya orang biasa seperti saya, I, aku, gua - awak, you, engkau, lu...sekarang ini berlumba-lumba mendambarkan lifestyle ala-ala artis dan movie star. Ntah apa yang seronok sangat dengan tarikan imej serta pesona glamour tu, saya sendiripun memang sampai sekarang tak faham.
Malah perbualan yang dibincangkan sangat dangkal dan cetek - tidak berkisar mengenai apa yang sepatutnya dikhabarkan seperti kegawatan ekonomi di US dan Eropah atau paling tidak bertanya ikhlas mengenai khabar kawan dan taulan; sebaliknya lebih kepada kisah getik gedik artis bercerai berai, siapa terkeluar dari X-Factor paling tidak AF, siapa dapat berlakon ni...dan of course kehebatan diri masing-masing.
Pada aku ini semua mendambarkan kekosongan jiwa yang amat nyata. Aku sebenarnya cukup kasihan melihat spesies seperti ini. Jiwa-jiwa kosong seperti ini sebenarnya tercari-cari apa yang boleh menjadi escapism dalam diri mereka. Dalam mencapai kebahagian diri, tidak ada orang yang lebih arif selain diri sendiri. Kita tentukan kebagiaan diri sendiri dan bukan 'benda' atau orang lain.
I dont know what is happening in Malaysia dari segi perspektif ekonomi sebab semua headline surat khabar perdana macam ala-ala in denial. Sibuk cerita mengenai kisah politik serta artis (rasa bosan dan mual gila) but obviously in UK currently everybody is panicking because many people are affected by this economic downturn. Ramai akan dan sudah kehilangan kerja pun. Bukannya sikit malah berpuluh ribu kerja dan jawatan terpaksa dikosongkan. Kegawatan ekonomi juga sudah mula di Jerman dan meresap di EU, malah lebih 1.2 juta orang di US sudahpun kehilangan kerja sepanjang tahun ini. I bet the crime rate akan naik mencanak macam roket..lepas ni.
Wake up my friends. Takda masa dah nak sibuk cerita kisah artis dan tarik grand piano masing-masing. Banyak berdoa supaya kita tidak ditimpa musibah. Just jaga diri, jaga keluarga supaya kita tidak termasuk dalam statistik yan menjadi mangsa keadaan atas kesilapan dan kealpaan sendiri.







Monday, 10 November 2008

Bangun dari kesedihan

Dua rakan baik saya masing-masing dalam dua peringkat umur yang berbeza pada masa yang sama menghadapi saat paling getir dalam hidup mereka. Patah hati dan kecewa. Kasihan...tapi sebagai manusia yang lemah dan selalu melakukan kesilapan, bila terjadinya musibbah itu, kita perlu teguhkan semangat, cekalkan hati dan bangun dari kejatuhan itu.
Tidak ada insan yang sentiasa cekal hati sepanjang masa. Tidak ada insan yang tidak pernah kecewa dan putus asa. Tapi saya percaya, insan yang paling hebat adalah insan yang bangun semula daripada kejatuhannnya. Bangun dan cuba meneruskan hidupnya seperti biasa dan paling hebat berani mengambil keputusan untuk memperbetulkan keadaan di mana dia berasa kecewa dan tidak selesa.
Sebagai seorang wanita, sebagai seorang adik dan sebagai seorang kakak...hanya doa dapat saya panjangkan kepada dua insan teristimewa ini. Bangun dari kejatuhan dan kesilapan dan pastikan kesilapan yang sama tidak berulang dan berulang dan berulang lagi....

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.