Wednesday 18 February 2009

Syukur pada nikmat Allah SWT

Dalam keluh kesah hidup berjauhan daripada keluarga dan teman, kadang-kala kita lupa sebenarnya kita masih amat beruntung serta bernasib baik hidup sebagai orang dagang. Tapi biasalah adat manusia, kadang kala kita sering lupa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.

Baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan bercuti di luar negara. Sebelum menjejakkan kaki ke tanah Belanda itu, pelbagai perkara terlintas di benak fikiran. Betullah telahan saya, Belanda memang sebuah negara yang landai tetapi amat padat ...dan tentunya amat luar biasa.

Kota Amsterdam memang jujur. Itu pandangan sekali imbas saya pada kota penuh sejarah itu. Apa yang ada, itulah yang ditunjukkan. Tiada hipokrasi, tiada berselindung dan semuanya betuhankan ongkos semata-mata. Apa yang terlintas di fikiran dan imaginasi memang semuanya ada di sana. Pokoknya, tepuk dada tanya diri sendiri sama ada mampu atau sebaliknya.

Tiada yang percuma di Amsterdam dan segalanya mahal belaka. Barangan yang boleh saya dan keluarga dapat percuma di Britain kini semuanya perlu diurus dengan wang. Bayangkan untuk menjami selera tanpa was-was agak sukar melainkan jika anda berani mengambil risiko di restoran Indonesia.

Saya dan keluarga belum brutal, kami makan di kedai makan milik Arab Maghribi di Damn dan harga dua ketul daging panggang yang hnya tidak sampai 3 paun sterling di United Kingdom boleh mencecah lebih 12 pound sterling ( 13,99 Euro) di Amsterdam.

Red Light district di sana juga tidak terhad di kawasan tertentu saja, di mana saja mesti ada satu dua kedai yang menjual barangan seks secara terang-terangan begitu juga perkhidmatan seks pelbagai pilihan kepada yang berhajat; Jangan tanya mengenai penjualan ganja...semuanya berleluasa...syurga dan sarang kepada penagih.

Tapi di sebalik kebebasan bersosial dan kecenderungan pemerintah negara itu dalam mempersoalkan perkembangan pesat Islam di Belanda yang sukar dikekang dan disekat, kelihatan ramai juga di kalangan wanita Islam di sana tekad menjaga aurat mereka dengan masing-masing berhijab.

Ah....memang Amsterdam memang hebat. Subhanaullah!

Sunday 8 February 2009

Percaturan orang pada orang bernama Melayu

Nak tanya sikit, hari tu masa ramai-ramai mengamuk kat Sultan Perak dengan Raja Muda Perak kat Kuala Kangsar...agaknya siapa yang paling ramai? Tak payah jawab...orang Melayulah. Mana agaknya pergi 'orang lain' ramai-ramai. Itulah...yang cepat melenting dan mengamuk, akhirnya orang Melayu. Akal pendek...orang lain semua pandai selamatkan diri dengan ambil sikap 'tunggu dan lihat'.

Ok...tak payah jawab lagi soalan ni. Siapa yang bermati-matian kena belasah dengan FRU kena cekup dengan polis dan kena reman dengan polis lepas buat berdemonstrasi masa dekat dengan Istana kat Kuala Kangsar hari tu? Orang Melayu lagi...mana pergi agaknya 'orang lain' yang juga rakyat kat Perak pada hari tuh..?

Nak tanya lagi? Kenapa agaknya bila part berdemonstrasi dan 'mempertahankan' hak rakyat tak kiralah masa adalah orang tu kena buang daripada Umno dan dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, siapa yang berdemonstrasi di Chow Kit ke kat Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga ke Parlimen dan merosak ranap bangunan PWTC mesti orang Melayu...sedangkan 'orang lain'...ambil sikap endah tak endah dan acuh tak acuh je.

Tak nampak lagi ke? Yang sebenarnya akan bangun mempertahankan hak kita tak kiralah sama ada jadi parti kerajaan ke atau jadi parti pembangkang ke...bukan 'orang lain' tapi hakikatnya yang tulen and genuine ambil kisah sampai boleh 'terpelanting songkok haji' dan 'tersingkap jubah sendiri'...takda orang lain kecuali orang Melayu sendiri.

So, at the end of the day....orang Melayulah yang akan pertahankan negara kita ini daripada apa saja perkembangan yang 'orang lain' serta orang Melayu yang bukan Melayu 'setkan' untuk kita. Akhirnya yang bergasak sesama sendiri bukannya kita dengan 'orang lain' tapi kita sesama kita. Fikirkan....

Wednesday 4 February 2009

The Big Guy vs Konsep Tauhid?


OK OK...jangan panik. Ini bukan ruangan Mimbar Islam atau Sisters In Islam. I'm not trying to convert anyone into any religion, so don't worry. Tapi malam tadi, hampir putus urat otak kita memikirkan jawapan yang paling tepat mengenai konsep tauhid dan ketuhanan bagi pemahaman budak umur empat tahun. Soalan itu diajukan kepada saya dan suami sudah beberapa kali sebelum ini.

Bila soalan itu banyak kali diajukan kepada kami berdua, sang suami dengan muka selamba sambil perlahan-lahan bangun meninggalkan kami berdua berkata, "I think the right person to answer your question Fawwaz, is of course your mommy. Coz ur Mommy knows lots of things...,". Wah gitu, tang soalan tricky je mommy je lah yang pandai nak menjawab...pandailah papa dia ....

Anyway, that question just popep out like that - memula out of no where masa kita orang semua dalam kereta nak gi car boots sales on Sunday. Fawwaz as usual was so into this TV series, 'Doctor Who', so dia tiba-tiba tanya pada saya siapa yang paling berkuasa antara Doctor Who and Supereme Dalek (those two are the characters in the citerlah)...masa tu saya jawab tanpa fikir panjang,"None of them...kecuali the Big Guy..a.k.a Allah.

Fawwaz tergamam seketika bila denga jawapan saya. Dengan muka takjub dia terus tanya,"U mean this Big Guy is the most powerful supereme power in the whole galaxy? (mengulangi dialog dalam citer Doctor Who nampaknya..)

"U mean he is stronger than any of Supreme Dalek, Doctor Who, Harry Potter, Inspector Gadget and Ghostbusters?," katanya lagi dengan muka penuh takjub seolah tak sangka rupanya ada lagi kuasa besar lain. Saya pada waktu itu hanya menganguk-angguk kepala dan berharap Fawwaz tidak akan bertanya lagi.

Silap besar nampaknya, dua hari selepas insiden itu, soalan mengenai Big Guy terkeluar lagi, kali ni sebelum waktu tidur. "Jadi mama, if this Big Guy is so powerful, dia duduk kat mana dan rupa dia macam mana?,". Alamak...tang part ini memang tricky ...susah sikit nak jawab, kena tarik nafas panjang sikit lepas tu selawat dua tiga kali dengan harapan, jawapan tak terkeluar daripada garis panduan..

"Well as I told u before, The Big Guy real name is Allah. He lives everywhere and in anywhere He wants to be. So that is why, He is so powerful. That is why I always ask u to be a good boy because Allah the Big Guy can see whatever u are doing. Mommy cant be like The Big Guy nor ur papa or others because we do not have His powers,".

"Jadi kita kena pray untuk The Big Guy lah mommy? Supaya The Big Guy sayang kat kita dan ingat kat kita nanti?," tanya Fawwaz lagi dan soalan dan jawapan yang dia sendiri tanya dan dia sendiri jawab, dengan sendirinya menyelamatkan saya...ahhhh...lega....

"So what do I pray to The Big Guy?," tanya dia lagi. Saya kata, memandangkan sekarang dia dah tau nama sebenar The Big Guy is Allah, kenapa tak panggil terus Allah saja...dia pun pandang tepat muka saya dan kali ini dia pulak mengangguk-angguk kepala.

"Mummy...I wont tell anybody...but I want to ask from The Big Guy a little baby brother. Agaknya Big Guy dengar tak?," katanya sebelum perlahan-lahan lena.



Monday 2 February 2009

Nak cuti naik feri...

Kita semua dah 'excited' nak gi jalan masa cuti sekolah. Punyalah lamanya kita semua kumpul duit sikit-sikit nak naik feri gi Amsterdam anak beranak. Jadi, baru kejap pagi tadi bila tengok semua fungsi letrik, gas dan internet tak jalan sebab salji lebat sangat, kami suami isteri malas nak bawa kereta, just keluar naik bas gi pekan sat.

Perasaan excited nak jalan ke negeri orang ni memang dah tak boleh dibendung lagi lebih-lebih lagi dalam cuaca sejuk dan buruk pada musim salji. Ish tak kuasa duduk rumah, baik jalan ada faedahnya. Itulah, orang tua-tua kata, "Hujan emas di negeri orang; hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri,".

Takda emas sebenarnya di negeri orang..Jadi orang tak 'berperanan' adalah...jadi orang tak ada keutamaan...adalah... tapi yang pasti memang sah jadi orang kebanyakan lebih-lebih lagi dengan kita ni dah sah kulit berwarna sawo matang dan hidung pulak setongkol bawang.

Jadi masuklah si laki bini ni ke agensi pelancongan berkenaan. Kononnya the most estavlished travel agent di UK..tersohor lagi. Memula memang diberi layanan baik dengan senyum meleret. Lepas tu tang bila tanya kerakyatan ...hampeh..tap..tap terus saja impian ku melancong dengan feri mewah ke Amsterdam punah sekelip sekelip mata.

"I'm so sorry mam, these facilities are only available for British pasport holders,". Adus...pedihnya telinga. Adeh...sakitnya hati...argghhhh....kelabunya mata. Saya dan suami berpandangan dan terus saja bagai peluru saya berkata, "Next time please put a very big notice outside ur window...saying that We only give services - to British Citizen. Not only u and ur company are descriminating but at the same time very deceiving,".

Sepatah kata orang Johor, berapi kita dibuatnya! Terus balik naik cab dan sampai rumah terus gi buat booking through internet. Dapat terus, naik kapal feri yang sama lagi! Murah lagi 20 pound sterling... hhhmmm memang tak berbaloi.



About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.