Thursday 5 March 2009

Love your body...love yourself

Saya hilang ramai insan yang saya kasihi, rapat dan pernah rapat kerana kanser. Selepas 'melihat' bagaimana mereka bergelut menghadapi kesakitan serta saat berdepan sakaratul maut, saya tekad memastikan diri supaya insyaAllah tidak berisiko tinggi dihinggapi penyakit maut itu.

Buat masa ini, dua rakan baik saya yang amat saya ambil berat dan amat saya kasihi sedang bergelut dengan kanser payu dara. Apa yang saya boleh lakukan sebagai seorang rakan adalah berdoa dan terus berdoa supaya kedua-dua insan yang paling teristimewa ini tidak menyerah kalah dan terus menghadapi kanser dengan tabah.

Berikutan melihat kesengsaraan orang yang saya kasihi menghadapi penyakit maut itu; sejak 1997 lagi sehingga kini saya tidak pernah ketinggalan mengambil peluang melakukan pemeriksaan berskala (bergantung kepada keperluan) bagi memastikan bebas atau sekurang-kurangnya tidak berisiko terjebak kepada kanser pangkal rahim mahupun kanser payu dara.

Melihat kepada nasib malang yang menimpa mangsa kanser ini, ia boleh terjadi dan berlaku kepada siapa saja tanpa mengira darjat dan keturunan serta latar belakang. Daripada orang biasa seperti kita, orang miskin dan tak berada hinggalah kepada isteri Perdana Menteri dan keluarga Di Raja semuanya tidak terkecuali daripada menghadapi bahana penyakit maut ini.

Bagaimanapun, saya agak terkilan juga bila kisah atau pengalaman bagaimana pesakit kanser menghadapi penyakit maut berkenaan dari segi ekonomi dan sosial kepada keluarga serta orang sekeliling si mangsa jarang dipaparkan secara telus kepada massa berikutan kurangnya pengetahuan mendalam mengenai penyakit maut itu.

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu dalam blog ini kerana mahu berkongsi pengalaman bukan mengenai pengalaman mereka yang sudah pergi tetapi untuk sama-sama berusaha memastikan kita berpeluang untuk menjaga diri supaya lebih banyak masa dapat kita luangkan bersama keluarga tersayang.

Alasan 'tidak tahu' dan 'tidak mahu ambil tahu' bukan lagi boleh diterima sebagai alasan kerana kanser boleh diibaratkan sebagai bom jangka. Boleh terjadi kepada sesiapa dan boleh 'meletup' pada bila-bila masa. Yang penting, selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti kena makan seimbang, buat senaman berterusan dan buat pemeriksana berskala...

Kena juga berani melepaskan apa yang tersemat di dalam hati. Soal hati dan perasaan hanya kita yang tahu dan arif mengenai diri sendiri. Saya perlu berani 'melepaskan' apa saja yang tersentap di hati dengan mana-mana individu yang pernah singgah serta 'menumpang lalu' dalam hidup kita.

When it is time for u to let go...just let it go. Full stop. Jangan ada kesal. Jangan ada terkilan dan tentu sekali jangan ada dendam.Tapi lebih mudah bercakap daripada melaksanakan. Seperti nasihat seorang teman yang juga seorang kakak kepada saya, "Na, kalau mahu jadi insan hebat, sebelum tidur malam kena ampun dan maafkan segala dosa musuh serta orang yang pernah menyakiti diri kau.
"Dengan memaafkan diri orang yang menganiaya diri kita ...kita bukan saja seorang insan yang hebat tetapi bila hati tenang dan tidak kacau; keikhlasan dan kecantikan akhlak diri akan terserlah pada kesihatan diri dan raut rupa...,".

No comments:

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.