Friday 14 November 2008

risau jadi mak bapak....

Bukan senang nak jadi mak bapak. Sekadar 'menabur benih' dan sekadar melahirkan lepas tu campak kat tepi longkang atau depan pintu masjid....hhmmmm mana-mana bapak anjing dan ibu kucingpun boleh buat. tapi hakikatnya, ramai yang dah jadi bapak anjing dan ibu kucing dalam era akhir zaman ini.
Sedih, tapi itulah hakikatnya yang terjadi dalam masyarakat kita. Sepatah kata seorang kawan, sekarang ni kepimpinan melalui teladan. Kita sebenarnya bersalah kerana membenar malah mempraktiskan apa yang kita lihat melalui tindak tanduk orang yang disekeliling kita termasuklah idola, ibu dan bapa kita tapi paling menjijikkan pemimpin kita di kalangan Yang Berhormat.
Kenapa saya kata, 'kita' kerana kita sebenarnya yang membenarkan fenomena yang cukup membusuk serta meloyakan seperti mengandung anak luar nikah; curang di kalangan pasangan, penyalahgunaan dadah; bunuh membunuh, merogol, merompak malah 1,001 kepincangan masyarakat yang kini berleluasa terjadi.
Terjadi semua ini kerana jatuhnya jati diri dan moral seorang insan dan hilangnya kepentingan institusi keagamaan dan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita. Semua kini yang ada adalah berlandaskan semata-mata on materialistik dan kebendaan. memang mudah menuding jari kepada dua faktor ini tetapi hakikatnya itulah yang terjadi berulang-ulang.
Paling meloyakan bila melihat orang biasa - ya orang biasa seperti saya, I, aku, gua - awak, you, engkau, lu...sekarang ini berlumba-lumba mendambarkan lifestyle ala-ala artis dan movie star. Ntah apa yang seronok sangat dengan tarikan imej serta pesona glamour tu, saya sendiripun memang sampai sekarang tak faham.
Malah perbualan yang dibincangkan sangat dangkal dan cetek - tidak berkisar mengenai apa yang sepatutnya dikhabarkan seperti kegawatan ekonomi di US dan Eropah atau paling tidak bertanya ikhlas mengenai khabar kawan dan taulan; sebaliknya lebih kepada kisah getik gedik artis bercerai berai, siapa terkeluar dari X-Factor paling tidak AF, siapa dapat berlakon ni...dan of course kehebatan diri masing-masing.
Pada aku ini semua mendambarkan kekosongan jiwa yang amat nyata. Aku sebenarnya cukup kasihan melihat spesies seperti ini. Jiwa-jiwa kosong seperti ini sebenarnya tercari-cari apa yang boleh menjadi escapism dalam diri mereka. Dalam mencapai kebahagian diri, tidak ada orang yang lebih arif selain diri sendiri. Kita tentukan kebagiaan diri sendiri dan bukan 'benda' atau orang lain.
I dont know what is happening in Malaysia dari segi perspektif ekonomi sebab semua headline surat khabar perdana macam ala-ala in denial. Sibuk cerita mengenai kisah politik serta artis (rasa bosan dan mual gila) but obviously in UK currently everybody is panicking because many people are affected by this economic downturn. Ramai akan dan sudah kehilangan kerja pun. Bukannya sikit malah berpuluh ribu kerja dan jawatan terpaksa dikosongkan. Kegawatan ekonomi juga sudah mula di Jerman dan meresap di EU, malah lebih 1.2 juta orang di US sudahpun kehilangan kerja sepanjang tahun ini. I bet the crime rate akan naik mencanak macam roket..lepas ni.
Wake up my friends. Takda masa dah nak sibuk cerita kisah artis dan tarik grand piano masing-masing. Banyak berdoa supaya kita tidak ditimpa musibah. Just jaga diri, jaga keluarga supaya kita tidak termasuk dalam statistik yan menjadi mangsa keadaan atas kesilapan dan kealpaan sendiri.







No comments:

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.