Wednesday 19 November 2008


Selalunya aku tak suka bercerita mengenai teman dan taulan di Malaysia kerana hidup aku kini lebih berkisar kepada kehidupan aku dan keluarga di Little West Yorkshire. Baru-baru ini seorang teman lama berjaya menghubungi aku melalui email dan mencadangkan supaya menggunakan Facebook untuk kami berinteraksi.
Pada awalnya aku malas (bukan malas tapi sebenarnya tak mahir dalam hal IT dan komputer ni) tapi lama kelamaan timbul rasa seronok malah tiap hari aku akan pasti mengunjungi layar fb. Tapi dalam keseronokan berhubung dengan rakan-rakan lama baik, banyak juga yang tak menyeronokkan. Tak seronok kerana pelbagai khabar sedih mengenai ramainya di kalangan teman lama sudah bercerai berai.
Biasalah bila aku tanya kawan-kawan kenapa terjadinya begitu, ringan dan mudah mulut masing-masing berkata; "dah takda jodoh. biasalah adat dunia...dah lumrah hidup,". tapi sebagai seorang insan, isteri dan seorang ibu, perasaan aku cukup tertekan dan meluap-luap bila mendengar pandangan sinis sebegitu.
Hidup sebagai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga sebenarnya bukan satu ikatan sementara bersifat luaran atau superficial. Aku melihat perkahwinan sebagai satu hubungan yang amat kompleks tetapi ganjaran yang kita dapat daripada hubungan itu amat besar.
Pada aku, perkahwinan itu satu cubaan menubuhkan sebuah syarikat atau perniagaan. Macam orang lain bila tubuh syarikat, kita akan invest masa, tenaga, harapan dan pada masa yang sama berani mengambil risiko dalam membuat keputusan. CEO dan Pengerusi syarikat yang hebat bukannya individu yang gah buat syarikat tapi syarikat bungkus dalam masa setahun dua. CEO yang hebat adalah individu yang dapat mengekalkan prestasinya sehingga ke beberapa generasi akan datang dengan pulangan yang hebat kepada setiap anak buahnya.
Agama....no, Islam sendiri melihat perkahwinan itu sebagai institusi yang membawa matlamat kepada kesejahteraan hidup. di mana si suami dan isteri sebenarnya saling melengkapi. sebab itu bila aku mula melangkah masuk ke gerbang perkahwinan satu ketika dulu (dalam usia yang tidak begitu muda) aku melihat institusi itu dengan mata terbuka dan setiap langkah yang aku ikuti dibuat dengan sepenuh hati.
For someone who is still in this institution...i strongly believe that marriage will bring balances and sanity in our lives. Main reason kenapa satu-satu perkahwinan itu masih 'hidup' kerana wujudkan interaksi dan komunikasi antara dua pasangan yang ada dalam institusi itu. aku tak nak komen kalau jika ada lebih tiga atau empat....tu sendiri cari penyakit.
For heaven sake...if you can have a child or children with that person dan u decided to share the rest of your lives with that person...dangkal dan kasihanlah jika anda gagal berinteraksi dengan pasangan anda.
Am I asking too much from this life?

4 comments:

Hanita Hassan said...

Salam kak mona,

Saya membaca hampir keseluruhan tulisan kak mona. Nampaknya little west yorkshire telah mendewasakan hati dan fikiran kak mona.

Semoga kita sentiasa mengambil iktibar dari kekurangan orang di sekeliling kita. AMIN.

Ita kechik.
Melaka, Malaysia
19 nov 2008 at 10.10 p.m

mama said...

hi muna,
hidup berumah tangga, emmmmmmmmmm, grrrrrrrrrrrrrrr, arghhhhhhhhhhhh, ohhhhhhhhhh, woiiiiiiii, hemmmmmmmmm, kahkah..isy isy, alhamdulillah, istigfar, subhanallah, insyaAllah, aminnn

Hanna Rabittah said...

totall agree!!

Mrs Norris said...

Very true....hidup berumahtangga kalau nasib baik timbul kalau nasib tak baik tenggelam. Tapi sepatah kata my biologi teacher, Mrs Wong kata:"Kawin macam lintas jalan, ada orang lintas jalan selamat; ada mati kena langgar; ada jatuh patah kaki, nasib....

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.