Monday 22 September 2008


Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya? Seperti biasa cuaca di sini semakin mencabar lebih-lebih lagi dalam menghadapi suasana bulan Ramadhan. Dalam tempoh 10 malam terakhir Ramadhan ini, memang umat Islam digalakkan banyak menambah nilai amal ibadat masing-masing. Malah, antara masa doa seorang muslim itu paling mustajab adalah dalam tempoh 10 malam terakhir bulan yang mulia milik Allah SWT.
Baguslah kalau ada antara kita yang sanggup bersengkang mata di tengah malam; tapi bukan bangun tengah malam nak tengok movie ke atau game of the week tetapi tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya. Banyakkan solat taubat, solat hajat dan juga tahjud. hopefully and insyaAllah all our hopes, doa and prayers will be makbul by Allah SWT.
Anyway, I just want to share with you guys my happiness...Akhirnya selepas sekian lama pencarian dan usaha, Allah SWT akhirnya makbulkan juga permintaan serta doa saya untuk bertemu semula dengan keluarga Allahyarham Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pertemuan semula selepas lebih 30 tahun terpisah bukannya berlaku di Malaysia tetapi berlaku di West Bowling, Bradford, United Kingdom pada malam 21 Ramadhan, semalam. Tidak dapat dibayangkan bagaimana terujunya perasaan saya ketika itu. Gembira, sedih, bersyukur semuanya berbaur menjadi satu.
Gembira dan bersyukur kerana usaha merapatkan semula siratulrahim akhirnya dapat diwujud dan disambung semula dengan izin-Nya, tetapi sedih kerana kedua-dua insan yang menjadi pencetus kepada hubungan akrab kekeluargaan itu masing-masing sudah pulang ke rahmatullah.
Ketika berpeluang bertugas di Alor Setar sekitar 2005 hingga 2007, saya sering berulang-alik dari Alor Setar ke Pulau Pinang. Setiap kali dalam perjalanan pergi balik, saya nampak papan tanda "Bukit Mertajam", dalam masa itu yang terlintas di fikiran adalah hubungan rapat yang pernah berlangsung antara arwah Nenda saya, Allahyarham Haji Mohd Yusuf Abdul Razak dan Allahyarham Haji Idris Ahmad.
Bagaimana mereka berdua ini berkenalan dan menjadi sahabat rapat, waullahualam. Allah SWT sajala yang amat mengetahui perkara itu memandangkan jarak antara dua keluarga ini amat jauh; kami sekeluarga menetap di Johor Bahru, Johor, manakala Tuan Haji Idris dan keluarganya menetap dan tinggal di pekan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
As far as I remembered from what my aunt; she told me, my late Grandfather always munajjat and doa to Allah SWT that his life in dunia will not be in vain and he also wish in his life he will always get the opportunity to be friended with any of the puyers and the alims. Betul lah kata orang, kita memang kena pilih kawan. Kalau kita pilih kawan di kalangan yang baik dan beriman, maka sudah tentu kesudahan kita pun insyaAllah baik. tapi kalau sebaliknya, jadilah kita sebaliknya juga.
Alhamdullilah, I guess Allah SWT had granted and makbul my late grandfather's doa and wishes.
So back to my earlier story, me and my family were invited for an iftar by our friend, Kamal and Hajar at their place in West Bowling. Ketika buka puasa itulah saya bertemu dengan Intan dan suaminya Che Mat yang kini belajar dan menetap di Manchester. Kedua-dua mereka bertugas sebagai pensyarah di UUM.
Perbualan kami berlangsung seperti biasa tetapi inilah yang dikatakan takdir. Hanya ketika pada saat akhir ketika saya sekeluarga bersiap untuk pulang ke rumah, saya sempat bertanyakan kepada Intan mengenai tempat asal kelahirannya.
Intan memberitahu dia berasal dari Pulau Pinang. Saya dengan berseloroh berkata, dia mesti orang kampung 'Pak Lah'. Cepat juga Intan menjawab tidak, sebaliknya dia kata dia dan keluarganya berasal dari Bukit Mertajam. Ketika itulah saya memberitahu Intan mengenai kenalan rapat arwah nenda iaitu Haji Idris Ahmad yang sudah lama terputus hubungan. Saya juga ada menyebut mengenai salah seorang anak Allahyarham Tuan Haji Idris, Che Misbahah yang juga anak angkat kepada keluarga kami di Johor Bahru ketika Misbahah menuntut di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (MPTI) sekitar tahun 1977 atau 1978.
Saya sebenarnya pernah mengikut kedua-dua nenda serta ibu saudara saya berkunjung dan bermalam beberapa hari di rumah Allahyarham Tuan Haji Idris ketika musim cuti sekolah. Ketika itu saya dalam lingkungan usia 7 atau 8 tahun. Seingat saya di sebelah rumah Haji Idris terdapat sebuah madrasah serta surau tempat beliau mengajar fikh serta ilmu agama. Kediaman Tuan Haji Idris juga tidak jauh dari kedudukan Balai Polis pekan Bukit Mertajam.
Terperanjat bukan main Intan apabila mendengar apa yang saya ceritakan. Kami terus berpelukan dan masing-masing bertukar alamat dan bersetuju untuk saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.
Cerita yang saya dengar mengenai Allahyarham Tuan Haji Idris Ahmad ini yang allahyarham bukanlah calang-calang orang. Allahyarham terkenal sebagai seorang alim yang tinggi ilmu agamanya. Beliau juga pengasas kepada perniagaan Kopiah Bukit Mertajam.
Ada cerita menarik yang pernah saya dengar daripaa nenda yang kemudianya diturunkan kepada ibu saudara saya mengenai Haji Idris ini. Ketika berlaku kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969; kebetulan Haji Idris dalam perjalanan pulang daripada Singapura ke Bukit Mertajam. Bagaimanapun dengan izin Allah SWT, segala urusan perjalanannya pulang ke rumah dipermudahkan tanpa sebarang gangguan.
Kafir-kafir yang berada di kawasan stesen keretapi di Singapura yang sedang mencari-cari orang Melayu ketika itu seolah-olah 'dibutakan mata' oleh Allah SWT daripada melihat kehadiran Haji Idris. MasyaAllah dan subhanaullah. Semua ini kuasa kebesaran Allah SWT dan tentunya doa Allahyarham kepada Allah SWT.
Puan begitu, saya sebenarnya kini dalam penantian. Tidak sabar rasanya menunggu kedatangan Intan dan keluarga di Little West Yorkshire pada Aidilfitri Al Mubarrak tidak lama lagi. Terlalu banyak kisah dan khabar keluarga yang ingin kami berkongsi bersama....


No comments:

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.