Saturday 20 September 2008

a day in little west yorkshire

Assalamualaikum....

How are you today? Ok? Good, good. that's nice. Me? syukur alhamdullilah. Dah nak masuk autumn dah kat Little West Yorkshire ni, walaupun daun masih belum lagi menjadi merah dan belum satu pun dah mula jatuh berguguran. Tapi angin pun dah mula tiup kencang dengan cuaca sejuk sampai ke tulang hitam. Biasalah....England. Kalau tak sejuk tak namapun England kan.

Anyway, just to share with you...two of my dear friends and their families nak balik ke Malaysia dah tak lama lagi. Semalam kita ada juga jenguk dia orang. Dah kosong dah rumah masing-masing. Kak Shikin and family balik Isnin depan dan Zura & Co balik pulak on the 24th September. Sedih... kerana kita hanya diberi peluang kenal depa just less than 12 months.
Tempoh 12 bulan yang sangat mengajar mengenai erti kehidupan. Chewah!

Balik semula tang kisah musim sejuk ni. September or end of August is actually the best time for us Malaysians to review back our electrical and gas bills. This is the best time to do so.. Serious.. nak buat masa winter nanti dah terlewat kerana during winterlah masa yang paling banyak kita gunakan gas for central heating ataupun gas heater.

So, what you should do now is to go to www.moneysupermarket.com dan cari syarikat gas mana yang boleh beri harga yang competative. Pada masa yang sama, kena buatlah sikit homework. You kena review semula semua bil gas u selama setahun dan tengok berapa purata sebulan. Tak kan tak boleh buat statistik sikit kut. masa kat uni dulu mesti ada belajar basic stats kan. So bila dah review kat moneysupermarket.com tu, carilah syarikat yang bole beri harga paling sesuai dengan budget you.

In our case, my hubby pilih Southern Gas (thanks a lot Riduan for your advise). tapi jangan ikut we all. you guys sendiri kena buat sikit homework. after all your workloads adalah di atas bebanan bahu masing-masing bukan? hidup kat sini kena selalu up to date dengan perkembangan semasa. Tak tau tanya. Tak faham tanya. Tak gheti tanya. Nak mintak tolong orang pun kena tanya. Jangan. I repeat tolonglah JANGAN MEMANDAI-MANDAI.

If you desperately need help, helps will always be around you and come to you. InsyaAllah. But you must remember...tak semua kat sini sudi nak menolong tapi pada masa yang sama tak semua juga orang Malaysia yang ada tak nak menolong... Tapi yang paling penting dalam kita nak mencari kawan, kenalah pandai-pandailah bawa diri. Jangan tau nak memangkah je orang lain. Bila orang berbudi, kita berbahasa. Bila, orang memberi, kita merasa. Tapi yang penting, takda benda percuma. Bila orang berbudi kat kita, kita mesti tahu bagaimana nak balas semula baik budi orang tu.

Kalau you belajar misalannya dan husband you pulak 24 jam bekerja dan tak ada orang nak jaga anak you; I bet you can always ask any Malaysian siapa yang boleh tengok serta jagakan anak-anak masa both you and your partner sibuk. Provided masa yang you nak hantar anak you kenalah sesuai dengan masa orang yang nak menjaga. Janganlah main luru masa ikut dan je. Pada masa yang sama pandai-pandailah compromise dari segi upah dik oooi. Takda orang nak jaga anak orang lain for freeee....ini bukan charity.

Basically life kat UK ni kalau ikut hukum alam sebenarnya mudah. Macam saya katalah, kalau orang berbudi, awak berbahasa. support system insyaAllah ada. Kita ada juga kawan yang tinggal di bandar besar lain kat UK yang langsung tak prefer jaga anak orang lain. Ramai yang merungut tang perangai buruk orang Malaysia kat UK nih. Bila nak minta orang Malaysia lain jaga anak masing-masing kalau boleh nak dapat free gitu saja tapi sedangkan harga sebenar services nursery kat Britain ni sejam dalam 5-6 paun sterling.

Takda yang percuma dik. Dont be naive and dont be selfish. bukan awak sorang je nak kumpul duit berkepuk nak bawak balik Malaysian bila dah habis mengaji. Sini kena ada konsep tolong menolong. Kau garu belakang aku, akupun nanti sudi garu belakang kau...
So, dalam kes nak mintak tolong orang jaga anak kita, bila kita tahu orang ikhlas nak jaga anak kita..tak kisahlah berapa jam laki awak nak kerja dari siang malam sampai ke subuh sekalipun dengan awak sendiri nak duduk berkampung kat uni sekalipun...tak pa. tapi yang paling penting si kecil tu sentiasa selamat dari segi keselamatan dan makan minum. Mak bapak membanting tulang siang, malam, pagi hingga ke petang untuk mendapat wang...bukan untuk orang lain tapi untuk kebajikan keluarga sendiri. Tak begitu????

Jadi, kekawan....cakap lu tu lain kali kena serupa bikin sikit. fikir-fikirkanlah apa priority penting dalam hidup. Siapa kata senang oii nak jadi mak bapak...


No comments:

About Me

My photo
I have so many interests. I love reading, I love compiling old Malay recipes and experimenting them through cooking. I adore my baby and I love spending time with my other half despite I see him everyday. I love humming because I strongly believe it is good for my soul. I feel so complete when I gave birth to my baby boy. I am blessed and so fortunate to be given a chance to be a mother, a daughter, a wife and a sister to somebody. Despite losing my individual identity when I agreed to say 'I do', Never in seconds ever I doubt, begrudged or regrets having all that. Will always love my mum and my dad till I die.