terkedu, terdiam, termanggu...terpesona, terkagum, terharu, terlalu banyak ter...ter...terbuat, terngumpat, tertendang, terterajang, terkata, termengata, terlalu, terminta-minta, terkepit, tersepit, terhempit, terjerit, terjegel, terganggu....terbelenggu, terpijak, tersengaja pijak... tapi paling tak patut...bila dengan tak tersengaja...terkena...
Entah kenapa hati ini semakin bertambah-tambah sakit dan semakin remuk dengan keputusan sekumpulan tolol bernama 'perwakilan' sebuah parti gah yang keramat dalam melihat kedengkelan akal mereka memilih pucuk pimpinan masing-masing. Jika diikutkan radang dan perasaan mahu saja saya kata, "Ah peduli apa aku,", tapi hati nurani ini ternyata masih ikhlas dan masih mahu ambil peduli.
Pengamatan memberitahu diri bahawa kumpulan komuniti tolol yang bekampung di dewan besar itu sebenarnya hidup dalam kepura-puraan. Mereka sebenarnya terlalu gelojoh sehingga saat angkara kegelojohan mereka kelak akan menyebabkan golongan tolol ni rebah tersadai di kaki orang lain ....
Selagi si tolol pekak dan buta itu tidak melakukan muhasabah diri; tidak melaksanakan pengamatan ilmu sebagai nilai hidup; tidak menjadikan konsep ketakwaan, keikhlasan dan kejujuran sebagai nilai diri...selagi itulah segala kemusnahan diri dan kegelojohan korupsi akan berleluasa.
Jangan kata, alah saya tidak peduli kerana saya bukan ahli parti ini ....dan saya bukan ahli parti itu...Semua orang perlu berpolitik dan mesti tahu susun cara hirarki politik sebenar kerana pada akhirnya kita perlu mencari alternatif untuk memastikan generasi kita, anak-anak dan cucu cicit kita terus survival di masa akan datang.
Kehidupan kini cukup kompetetif dan kita tidak lagi boleh mengambil sikap acuh tidak acuh. Kita perlu pastikan anak-anak kita dapat berdaya saya bukan di peringkat kampungan malah lebih hebat daripada anak bangsa lain dalam kehidupan yang agak kompetetif ini.
Saya suka mengingatkan perkara yang sama pada diri sendiri dan pada rakan-rakan lain; sebagai ibu bapa dan dewasa tugas teras kita adalah memastikan didikan yang kita beri kepada si anak mesti bercirikan ajaran Islam sebenar serta garis panduan serta norma baik yang perlu dipupuk sejak kecil lagi.
Pun begitu, kita perlu juga melontarkan soalan jujur pada diri sendiri; adakah sebagai ibu bapa kita sudah melaksanakan tugas serta tanggungjawab itu. Adakah anda sebagai bapa dan ketua keluarga menunjukkan nilai serta contoh yang baik sebagai pemimpin? Adakah anda sebagai bapa benar-benar menyediakan rezeki halal pada keluarga? Adakah anda sebagai ibu, benar-benar jujur dan ikhlas melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita?
Sebagai pelajar....adakah kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita selaras dengan duit dan imbuhan yang kita terima secara langsung dan tidak langsung daripada kerajaan yang memerintah, memberi peluang serta menghantar kita di tanah asing ini.
Pun begitu saya masih lagi kecewa serta gundah gulana dengan keputusan kumpulan si tolol yang mengangkat si tolol besar sebagai ketua mereka. Lebih sesuai dijadikan sebagai aksi lakonan kumpulan badut di pentas circus. Arghhhh, jika diturutkan hati yang remuk redam ini...mahu saja dihemburkan kata-kata,"Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya,".
Ini kesimpulan saya mengenai tahap kecekapan perkhidmatan kesihatan di Bradford, West Yorkshire yang terletak di United Kingdom secara keseluruhan. Receptionist klinik kerajaan (NHS) di West Yorkshire perangai macam selepau hawau@#%%$$$$!!!!.... terutama yang jenis bangsa Cik Ling...cukup mengada-ngada.
Keduanya baik Doktor mahupun jururawat terlatih di West Yorkshire semuanya pemalas....maaf bukan dua ahli profesyen ini saja yang melalui pengamatan rapat saya buat dan selidiki secara halus dan kasar mendapati mempunya penyakit "M" Besar membabitkan semua lapisan masyarakat majmuknya iaitu penyakit serius PEMALAS.
Jadi, tidak hairanlah jika ada doktor -doktir (ala yang pakai baju kot labuh puteh dan mundar-mandir di kawasan hospital dan klinik) yang mendapat latihan dan pembelajaran daripada United Kingdom pulang ke Malaysia banyak merungut dan banyak songel! "Ala, letihlah...banyak kerja...ramai pesakit, gaji kecil," sebab rupa-rupanya depa semua belajar sikap pemalas daripada maha guru yang ada kat UK untuk jadi Pemalas Besar-besaran!!!!
Untuk mendapat perkhidmatan rawatan di UK..bukan mudah. Anda perlu mendapatkan appoinment sekurang-kurangnya tiga hari sebelum jatuh sakit sebelum anda dibenarkan untuk 'bertemu' dengan doktor. Dan paling memberi latihan kesabaran jiwa kepada kita ialah bagaimana kita perlu berdepan dan banyak bersabar dengan kerenah receptionist bangsa Cik Ling yang sangat-sangat perangainya ala-ala "Queen" dan mengada-ngada besar.
Fawwaz demam panas dan batuk sehingga terkencing-kencing dan ala-ala semput baru-baru ini. Bukan saja kami gagal mendapatkan rawatan keesokan harinya - malah dengan muka macam masam mencuka racun ala tuba, si receptionist dengan kononnya pandangan mata tajam dan kata-kata yang sinis memberi pesanan kepada saya." Jangan datang ke klinik jika tidak ada temujanji!!!!,'.
Jadi, kesimpulan sekali lagi, bila betul-betul sakit nak mati...kena beli ubat siap-siap untuk anak dan keluarga kita sebab kakitangan perkhidmatan kesihatan di UK mesti dilayan mengalahkan seperti keluarga di Raja!!!!
Saya hilang ramai insan yang saya kasihi, rapat dan pernah rapat kerana kanser. Selepas 'melihat' bagaimana mereka bergelut menghadapi kesakitan serta saat berdepan sakaratul maut, saya tekad memastikan diri supaya insyaAllah tidak berisiko tinggi dihinggapi penyakit maut itu.
Buat masa ini, dua rakan baik saya yang amat saya ambil berat dan amat saya kasihi sedang bergelut dengan kanser payu dara. Apa yang saya boleh lakukan sebagai seorang rakan adalah berdoa dan terus berdoa supaya kedua-dua insan yang paling teristimewa ini tidak menyerah kalah dan terus menghadapi kanser dengan tabah.
Berikutan melihat kesengsaraan orang yang saya kasihi menghadapi penyakit maut itu; sejak 1997 lagi sehingga kini saya tidak pernah ketinggalan mengambil peluang melakukan pemeriksaan berskala (bergantung kepada keperluan) bagi memastikan bebas atau sekurang-kurangnya tidak berisiko terjebak kepada kanser pangkal rahim mahupun kanser payu dara.
Melihat kepada nasib malang yang menimpa mangsa kanser ini, ia boleh terjadi dan berlaku kepada siapa saja tanpa mengira darjat dan keturunan serta latar belakang. Daripada orang biasa seperti kita, orang miskin dan tak berada hinggalah kepada isteri Perdana Menteri dan keluarga Di Raja semuanya tidak terkecuali daripada menghadapi bahana penyakit maut ini.
Bagaimanapun, saya agak terkilan juga bila kisah atau pengalaman bagaimana pesakit kanser menghadapi penyakit maut berkenaan dari segi ekonomi dan sosial kepada keluarga serta orang sekeliling si mangsa jarang dipaparkan secara telus kepada massa berikutan kurangnya pengetahuan mendalam mengenai penyakit maut itu.
Saya terpanggil untuk menulis sesuatu dalam blog ini kerana mahu berkongsi pengalaman bukan mengenai pengalaman mereka yang sudah pergi tetapi untuk sama-sama berusaha memastikan kita berpeluang untuk menjaga diri supaya lebih banyak masa dapat kita luangkan bersama keluarga tersayang.
Alasan 'tidak tahu' dan 'tidak mahu ambil tahu' bukan lagi boleh diterima sebagai alasan kerana kanser boleh diibaratkan sebagai bom jangka. Boleh terjadi kepada sesiapa dan boleh 'meletup' pada bila-bila masa. Yang penting, selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti kena makan seimbang, buat senaman berterusan dan buat pemeriksana berskala...
Kena juga berani melepaskan apa yang tersemat di dalam hati. Soal hati dan perasaan hanya kita yang tahu dan arif mengenai diri sendiri. Saya perlu berani 'melepaskan' apa saja yang tersentap di hati dengan mana-mana individu yang pernah singgah serta 'menumpang lalu' dalam hidup kita.
When it is time for u to let go...just let it go. Full stop. Jangan ada kesal. Jangan ada terkilan dan tentu sekali jangan ada dendam.Tapi lebih mudah bercakap daripada melaksanakan. Seperti nasihat seorang teman yang juga seorang kakak kepada saya, "Na, kalau mahu jadi insan hebat, sebelum tidur malam kena ampun dan maafkan segala dosa musuh serta orang yang pernah menyakiti diri kau.
"Dengan memaafkan diri orang yang menganiaya diri kita ...kita bukan saja seorang insan yang hebat tetapi bila hati tenang dan tidak kacau; keikhlasan dan kecantikan akhlak diri akan terserlah pada kesihatan diri dan raut rupa...,".
Dalam keluh kesah hidup berjauhan daripada keluarga dan teman, kadang-kala kita lupa sebenarnya kita masih amat beruntung serta bernasib baik hidup sebagai orang dagang. Tapi biasalah adat manusia, kadang kala kita sering lupa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.
Baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan bercuti di luar negara. Sebelum menjejakkan kaki ke tanah Belanda itu, pelbagai perkara terlintas di benak fikiran. Betullah telahan saya, Belanda memang sebuah negara yang landai tetapi amat padat ...dan tentunya amat luar biasa.
Kota Amsterdam memang jujur. Itu pandangan sekali imbas saya pada kota penuh sejarah itu. Apa yang ada, itulah yang ditunjukkan. Tiada hipokrasi, tiada berselindung dan semuanya betuhankan ongkos semata-mata. Apa yang terlintas di fikiran dan imaginasi memang semuanya ada di sana. Pokoknya, tepuk dada tanya diri sendiri sama ada mampu atau sebaliknya.
Tiada yang percuma di Amsterdam dan segalanya mahal belaka. Barangan yang boleh saya dan keluarga dapat percuma di Britain kini semuanya perlu diurus dengan wang. Bayangkan untuk menjami selera tanpa was-was agak sukar melainkan jika anda berani mengambil risiko di restoran Indonesia.
Saya dan keluarga belum brutal, kami makan di kedai makan milik Arab Maghribi di Damn dan harga dua ketul daging panggang yang hnya tidak sampai 3 paun sterling di United Kingdom boleh mencecah lebih 12 pound sterling ( 13,99 Euro) di Amsterdam.
Red Light district di sana juga tidak terhad di kawasan tertentu saja, di mana saja mesti ada satu dua kedai yang menjual barangan seks secara terang-terangan begitu juga perkhidmatan seks pelbagai pilihan kepada yang berhajat; Jangan tanya mengenai penjualan ganja...semuanya berleluasa...syurga dan sarang kepada penagih.
Tapi di sebalik kebebasan bersosial dan kecenderungan pemerintah negara itu dalam mempersoalkan perkembangan pesat Islam di Belanda yang sukar dikekang dan disekat, kelihatan ramai juga di kalangan wanita Islam di sana tekad menjaga aurat mereka dengan masing-masing berhijab.
Ah....memang Amsterdam memang hebat. Subhanaullah!
Nak tanya sikit, hari tu masa ramai-ramai mengamuk kat Sultan Perak dengan Raja Muda Perak kat Kuala Kangsar...agaknya siapa yang paling ramai? Tak payah jawab...orang Melayulah. Mana agaknya pergi 'orang lain' ramai-ramai. Itulah...yang cepat melenting dan mengamuk, akhirnya orang Melayu. Akal pendek...orang lain semua pandai selamatkan diri dengan ambil sikap 'tunggu dan lihat'.
Ok...tak payah jawab lagi soalan ni. Siapa yang bermati-matian kena belasah dengan FRU kena cekup dengan polis dan kena reman dengan polis lepas buat berdemonstrasi masa dekat dengan Istana kat Kuala Kangsar hari tu? Orang Melayu lagi...mana pergi agaknya 'orang lain' yang juga rakyat kat Perak pada hari tuh..?
Nak tanya lagi? Kenapa agaknya bila part berdemonstrasi dan 'mempertahankan' hak rakyat tak kiralah masa adalah orang tu kena buang daripada Umno dan dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, siapa yang berdemonstrasi di Chow Kit ke kat Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga ke Parlimen dan merosak ranap bangunan PWTC mesti orang Melayu...sedangkan 'orang lain'...ambil sikap endah tak endah dan acuh tak acuh je.
Tak nampak lagi ke? Yang sebenarnya akan bangun mempertahankan hak kita tak kiralah sama ada jadi parti kerajaan ke atau jadi parti pembangkang ke...bukan 'orang lain' tapi hakikatnya yang tulen and genuine ambil kisah sampai boleh 'terpelanting songkok haji' dan 'tersingkap jubah sendiri'...takda orang lain kecuali orang Melayu sendiri.
So, at the end of the day....orang Melayulah yang akan pertahankan negara kita ini daripada apa saja perkembangan yang 'orang lain' serta orang Melayu yang bukan Melayu 'setkan' untuk kita. Akhirnya yang bergasak sesama sendiri bukannya kita dengan 'orang lain' tapi kita sesama kita. Fikirkan....
OK OK...jangan panik. Ini bukan ruangan Mimbar Islam atau Sisters In Islam. I'm not trying to convert anyone into any religion, so don't worry. Tapi malam tadi, hampir putus urat otak kita memikirkan jawapan yang paling tepat mengenai konsep tauhid dan ketuhanan bagi pemahaman budak umur empat tahun. Soalan itu diajukan kepada saya dan suami sudah beberapa kali sebelum ini.
Bila soalan itu banyak kali diajukan kepada kami berdua, sang suami dengan muka selamba sambil perlahan-lahan bangun meninggalkan kami berdua berkata, "I think the right person to answer your question Fawwaz, is of course your mommy. Coz ur Mommy knows lots of things...,". Wah gitu, tang soalan tricky je mommy je lah yang pandai nak menjawab...pandailah papa dia ....
Anyway, that question just popep out like that - memula out of no where masa kita orang semua dalam kereta nak gi car boots sales on Sunday. Fawwaz as usual was so into this TV series, 'Doctor Who', so dia tiba-tiba tanya pada saya siapa yang paling berkuasa antara Doctor Who and Supereme Dalek (those two are the characters in the citerlah)...masa tu saya jawab tanpa fikir panjang,"None of them...kecuali the Big Guy..a.k.a Allah.
Fawwaz tergamam seketika bila denga jawapan saya. Dengan muka takjub dia terus tanya,"U mean this Big Guy is the most powerful supereme power in the whole galaxy? (mengulangi dialog dalam citer Doctor Who nampaknya..)
"U mean he is stronger than any of Supreme Dalek, Doctor Who, Harry Potter, Inspector Gadget and Ghostbusters?," katanya lagi dengan muka penuh takjub seolah tak sangka rupanya ada lagi kuasa besar lain. Saya pada waktu itu hanya menganguk-angguk kepala dan berharap Fawwaz tidak akan bertanya lagi.
Silap besar nampaknya, dua hari selepas insiden itu, soalan mengenai Big Guy terkeluar lagi, kali ni sebelum waktu tidur. "Jadi mama, if this Big Guy is so powerful, dia duduk kat mana dan rupa dia macam mana?,". Alamak...tang part ini memang tricky ...susah sikit nak jawab, kena tarik nafas panjang sikit lepas tu selawat dua tiga kali dengan harapan, jawapan tak terkeluar daripada garis panduan..
"Well as I told u before, The Big Guy real name is Allah. He lives everywhere and in anywhere He wants to be. So that is why, He is so powerful. That is why I always ask u to be a good boy because Allah the Big Guy can see whatever u are doing. Mommy cant be like The Big Guy nor ur papa or others because we do not have His powers,".
"Jadi kita kena pray untuk The Big Guy lah mommy? Supaya The Big Guy sayang kat kita dan ingat kat kita nanti?," tanya Fawwaz lagi dan soalan dan jawapan yang dia sendiri tanya dan dia sendiri jawab, dengan sendirinya menyelamatkan saya...ahhhh...lega....
"So what do I pray to The Big Guy?," tanya dia lagi. Saya kata, memandangkan sekarang dia dah tau nama sebenar The Big Guy is Allah, kenapa tak panggil terus Allah saja...dia pun pandang tepat muka saya dan kali ini dia pulak mengangguk-angguk kepala.
"Mummy...I wont tell anybody...but I want to ask from The Big Guy a little baby brother. Agaknya Big Guy dengar tak?," katanya sebelum perlahan-lahan lena.